PERUBAHAN FIZIKAL - KEHAMILAN

Thursday, September 22, 2011

Sepintas Lalu Jadual Kehamilan Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan. 28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid. Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara. Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif. Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya. Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj. Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap. Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga. Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang. Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang. Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan. Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar. Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat. Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara. Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi. Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra