Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Anda Minggu Per Minggu (0-12 minggu)

Monday, August 22, 2011

Perkembangan bayi dalam kandungan anda minggu perminggu. Bagaimanakah perkembangan bayi anda mulai dari minggu pertama kehidupannya? Pada trimester pertama kehamilan anda ini. Perkembangan apa saja yang akan terjadi pada bayi dalam kandungan anda.

Perkembangan bayi dalam kandungan anda akan menjadi salah satu hal yang sangat menyenangkan dalam proses kehamilan ini karena hampir semua apa yang anda lakukan berefek tehadap bayi dalam kandungan anda ini. Mari kita melihat apa saja perkembangan dan perubahan yang terjadi pada bayi pada periode awal kehidupannya.

Minggu ke 1:
Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2 :
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3:
Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote

Minggu ke 4:
Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5:
Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.

Minggu ke 6:
Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.

Minggu ke 8:
Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak.
Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.


Minggu ke 9:
Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10:
Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11:
Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk.
Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi (dan juga anda) bertumbuh lebih besar.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

PERUBAHAN PAYU DARA SEMASA HAMIL - PETANDA AWAL KEHAMILAN

Perubahan hormon semasa hamil boleh membantu aliran darah dan perubahan dalam tisu payu dara. Ini akan menyebabkan payu dara membesar dan sensitif dengan sentuhan. Perubahan payu dara semasa mengandung merupakan sebahagian simptom-simptom awal kehamilan.

Biasanya hal ini bermula di antara 4 - 6 minggu pertama dan terus membesar di sepanjang trimester pertama kehamilan.

Kadangkala payu dara anda mungkin terus berkembang di sepanjang tempoh kehamilan. Saiz payu dara boleh menjadi dua kali ganda. Bila kulitnya mula regang, anda mungkin rasa gatal-gatal yang kadang-kadang meninggalkan tanda regang.

Jika anda hamil buat pertama kali, anda akan terasa sangat gatal dan dapat lihat dengan jelas kedua puting payu dara menjadi semakin gelap dan besar.

Ketika kehamilan tiga bulan pertama, payu dara mula menghasilkan susu yang dipanggil kolostrum. Di bulan-bulan terakhir pula, payu dara anda akan mengalirkan sedikit cecair kental kekuningan.
(Hormonal changes in your pregnancy can cause improved blood flow and some changes in your breast tissues. This causes swelling in your breasts, soaring, tingling and abnormally sensitive to touch. Breast changes during pregnancy is one of the early symptoms of pregnancy. Usually it begins around 4-6 weeks and continues throughout the first pregnancy trimester.Breast changes during pregnancy:Your breasts start increasing in its size at about 8 weeks of your pregnancy and sometimes this continues to develop throughout your pregnancy. Most commonly, your cup size increases to one or two. As the skin start stretching, you will feel itchiness and sometimes there is a possibility to develop stretch marks. If you are first time pregnant, then you may feel itchiness at your breasts and you may notice that your nipple become darker and bigger. After passing few months, the pigmented circles around the nipples will become bigger and darker. During your 3rd month pregnancy, the breast milk called colostrum start producing which your baby will receive once after the birth. In last months of your pregnancy, your breasts will leak a little amount of thick yellowish liquid.)
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

Kehamilan Luar Rahim Tiga Peratus Wanita Berisiko

Wednesday, August 17, 2011


mommy tertarik nk wat entry kali nih coz salah seorang rakan fb mommy yg mengandung anak yg ke-2 dalam tempoh 6thn sedang mengalami situasi bergini ketika ini...sian dia...maybe dia terpaksa kehilangan 1 daripada rahimya....siannye dia lagi...sama2 kita doakan semoga hamba allah ini tabah mengharungi dugaan tuhan....insyaallah....

Dunia perbidanan bukan sahaja diwarnai dengan peristiwa menakjubkan yang membawa kepada kelahiran bayi-bayi comel dan sihat.

Sebaliknya, turut diselang seli dengan peristiwa aneh yang pelik dan tidak kurang juga mengecewakan.

Antaranya, kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy) adalah tidak mustahil berlaku kepada satu hingga tiga peratus daripada mana-mana wanita mengandung yang berisiko tinggi menghadapi masalah ini.

Berbanding masalah kehamilan lain, hamil di luar rahim adalah salah satu keadaan yang paling sukar dikenalpasti.

Ini kerana kebiasaannya kehamilan di luar rahim tidak disertai dengan simptom pada awal kehamilan melainkan doktor melakukan pemeriksaan ke atas kandungan yang disyaki bermasalah.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi, Dr. Asmah Yun Mat Sidek menerangkan kandungan luar rahim boleh berlaku kepada beberapa bahagian seperti ovari, servik, abdomen, atas usus dan sebagainya.



Bagaimanapun, ia paling lazim berlaku pada tiub fallopia iaitu kira-kira 95 peratus.

Menjelaskan lanjut mengenai masalah berkaitan kata beliau, ia terjadi apabila ‘embrio’ yang disenyawakan di tiub fallopia tidak diimplantasikan di lokasi sebenar iaitu uterus atau rahim.

Menurut Asmah Yun, masalah hamil luar rahim ini ditentukan oleh doktor dengan menggunakan imbasan (utrasound pelvis), di mana kandungan tidak kelihatan dalam rahim.

Pada kebiasaannya, masalah ini dapat dikenal pasti oleh doktor pada sekitar minggu keenam hingga kelapan minggu kehamilan.

Oleh kerana itu wanita yang mengesyaki diri mereka mengandung terutama golongan berisiko agar melakukan pemeriksaan kehamilan seawal mungkin.

Ini penting kata beliau, bagi memastikan pencegahan serta rawatan lebih awal dapat dilakukan.

Jika tidak, dikhuatiri kandungan yang berada di mana-mana kawasan luar rahim akan pecah dan wanita berkenaan terpaksa melalui rawatan yang berbeza.

Sementara itu tanda-tanda bagi wanita yang mengalami kehamilan di luar rahim seringkali berlaku secara kecemasan apabila kandungan di tiub fallopia pecah dan mengalami pendarahan.

‘‘Keadaan ini menyebabkan kesakitan abdomen (acute abdomen) yang teramat sangat sehingga kadang kala wanita ini mengalami hycowolumic shock iaitu tekanan darah rendah, pucat sehingga boleh menyebabkan pengsan,’’ jelasnya.

Adakalanya juga, mereka mungkin mengalami pendarahan melalui vagina yang sedikit.

Beliau turut menyenaraikan antara wanita yang berisiko menghadapi masalah hamil di luar rahim iaitu:

*Wanita yang mengalami infeksi dibahagian peranakan (pelvic inflammatory disease) terutama clamydia infection.

*Wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim iaitu pada tiub fallopia yang bersebelahan.

*Wanita yang sedang memakai alat dalam rahim IUD (intra uterine contraceptive device).

*Wanita yang pernah menjalani pembedahan di tiub fallopia (tubal surgery)

*Wanita yang merokok

*Wanita berusia lewat

Dari segi rawatan kata Asmah Yun, ia bergantung kepada kestabilan pesakit, keputusan imbasan atau ultrasound dan tahap hormon BHCG seseorang.

Sementara itu, dari segi kesan jangkamasa panjang, beliau memberitahu adalah dianggarkan iaitu kira-kira 30 hingga 50 peratus kemungkinan wanita menghadapi kesukaran kehamilan akan datang (sub fertility).

Manakala kira-kira 10 peratus masalah berulang akan berlaku pada tiub fallopia yang bersebelahan.

Rawatan

* Sekiranya pesakit stabil, tidak mengalami kesakitan abdomen atau pendarahan dan saiz ectopic kurang dari 2 sentimeter dan serum /hormon BHCG kurang 1000 mililiter, ada kemungkinan pesakit dirawat secara conservative.

* Pemantauan dengan imbasan pelvis dan hormon BHCG mungkin dilakukan untuk menentukan kandungan luar rahim itu gugur secara spontan.

Bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan tidak mengamalkan cara ini memandangkan kesan sampingan yang sangat berisiko tinggi.

*Golongan kedua pesakit, mungkin mengalami sedikit pendarahan atau kesakitan abdomen, tetapi masih stabil dan saiz ectopic hormon BHCG 1000-15000 mililiter, doktor pakar mungkin akan membuat pembedahan laparoskopi untuk memastikan lokasi ectopic itu.

* Seterusnya samada membuat salphingectomy/salphingiostomy (pembedahan pada tiub fallopia atau injeksi methotrexate, prostaglandin atau hyperosmoler gluose pada kehamilan di luar rahim).

* Pesakit yang mengalami hypovolumic shock disebabkan pendarahan yang teruk perlu menjalani pembedahan laparotomy serta merta untuk mengenal pasti punca pendarahan dan seterusnya, melakukan salphingectomy kepada tiub fallopia yang sudah pecah itu.

Kebiasaannya pesakit ini memerlukan pemindahan darah untuk mengembalikan semula tahap hemoglobin ke paras normal.

* Jalani pemeriksaan kehamilan secepat mungkin untuk memastikan kehamilan di lokasi yang sewajarnya.

* Elakkan atau kurangkan risiko untuk mengalami pelvic inflammatory disease supaya tiada kerosakan pada tiub fallopia.

* Dapatkan nasihat daripada pakar sebelum mengambil keputusan memasang alat dalam rahim untuk pencegahan kehamilan.

INFO

Menurut satu penyelidikan di Perancis baru-baru ini, ia mengesahkan penemuan terdahulu, iaitu penyakit bengkak tulang punggung, jangkitan di saluran fallopia dan penyakit yang disebabkan hubungan seks meningkatkan risiko seseorang wanita mengalami hamil luar rahim.

Turut dikaitkan perokok dan pembedahan saluran rahim adalah faktor utama terjadinya kehamilan sedemikian.

Kajian ke atas 558 wanita di tujuh hospital bersalin di Paris mendapati mereka yang menghidap masalah apendik mempunyai peluang lebih besar mengalami kehamilan luar rahim - kemungkinan disebabkan luka atau calar di dalam perut selepas pembedahan.

Dalam 20 hingga 60 peratus daripada kes itu, kehamilan luar rahim boleh menyebabkan kemandulan kekal. Jika tidak dirawat, saluran fallopia boleh terkoyak atau pecah mengakibatkan maut.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

TERCAPAINYA HAJAT!!!!


hye semua...

assalamualaikum.....

akhirnye semalam tcapai gak hajat mommy nk g sogo....bukan xpenah g langsung,tp dh berminggu2 nak pg tp xkesampaian sbb jalan jem giler2....maklum je la dah nak raya2 nih mmg jalan TAR xleh bla...smalam ptg sekitar jam 2ptg,mommy+daddy ke sogo...si tecik sufi tinggal umah nenda ok!!!,xleh bawak sbb dlm fikiran dh tbayang bertapa packnye org dalam sogo 2 lagi2 org2 selangor cuti.....so kami terpaksa naik en.moto je utk ke sogo...daddy cam biase,seorang pemandu moto dan kereta yg berhemah...lame gak rasenye kami x merempit..hihihi..pulak2 mommy ngah preggy nih agak kena bhati2 la...hiihhiih...masya allah!!!!

........RAMAINYA UMAT MANUSIA DALAM SOGO DAN SEKITAR JALAN TAR!!!!!...........

sesampai di sogo,terus kami menuju ke bahagian kanak2...tujuan hanye untuk beli baju si tecik...mommy terus ke bahagian trudy & teddy



utk mbeli over roll n cap untuk si tecik.....huhuhuh...terbang duit mommy 150.00 (hanye itu sahaja ok!!!!)...baju mommy n daddy semua dh cukup.....than kami terus ke medan mara utk mengambil baju melayu daddy yg di tempah...alhamdulillah sangat2 puas hati dengan hasil jahitan kedai itu!!!...kami kemudianye terus menuju ke kamdar utk mencari sampin si tecik,bukan xde di sekitar jln tar,tp mommy xsuke tempat2 yg boleh memeningkan kepala nih..lagi2 dengan umat manusia yg sangat2 la ramai....dan..akhirnye jumpe gak sampin si kecik...alhamdulillah,belum sampat meneruskan pjalanan..hujan plak mak iii turun...tp daddy redah je..siap daddy round2 sekitar dataran dalam hujan2 2..hhihihi...sangat2 seronok...dan akhirnye kami tiba di rumah bonda......amin......
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

MENGIDAMNYE SAYA!!!!

Sunday, August 14, 2011

salam semua!!!!

today mummy nak story about mengidam......

bile time preggy sebut je pasal mengidam nih mcm perkara biasa bg mereka2 diluar sane...tp bagi yg xpreggy maybe membawa maksud dan erti yg berbeza2...hiihihih

camni la dipendekkan cerita malam jumaat yg lepas kami berbuka di rumah bonda (tiap2 haripn bbuka di rumah bonda ok!!!)...lepas je berbuka en.suami ke masjid wilayah bsama ayah dan abg iparnya...dan mummy tunggu je daddy di rumah bonda sambil2 2 mummy jahit manik di tangan baju raya mummy (tak tau la sejak2 preggy kali nih rajin benau menjahit,siap g kedai benang g beli manik,macam2 warna...siap beli 2box besau tuk susun2 manik dalam 2!!)...dasat tol keinginan!!.....tepat 10.10pm daddy balik dari masjid,terus je daddy ajak kami ber2 pulang ke rumah....sepanjang perjalanan mummy asik pesan je kat daddy supaya singgah di mcd mont kiara sbb mummy teringin sgt nak makan GCB...daddy hanya mampu tersenyum bile ngok riak muka mummy yg nampak beria2 sgt nk makan GCB...dan akhirnye mummy dapat beli gak double GCB+GCB.....tp bukan utk makan sesampainye dirumah,tp utk bersahur pagi sabtu....sampai je di rumah mummy masukkan GCB ke dalam microwave...xsabau rasenye nak mamam sahur nanti!!!.....

pastu ape yg jadi????

kami terbabas bangun sahur!!!!.....sedar2 dah kol 06.10am...daddy kate jam xberbunyi,diapn xsedar sbb tido lewat....huhuhuh...dan mummy >>>> tarik muncung sedepa...daddy frust sbb xdpt ngok mummy mkn GCB yg diidam2kan...mukanye nampak mcm bsalah sbb xsedar (tp mummy xmarahkan daddy tau sbb mummypn syiokkk sgt tido sapai xsedar bgn sahur!!!)sedeykan!!!!.....xpe la xde rezeki...mummy bgn menuju ke dapur dan simpan GCB ke dalam peti ais....

dan bile mummy dapat mkn GCB????

Alhamdulillah pg td daddy tiak mummy bgn sahur kol 04.30am...than daddy dah siap panaskan GCB utk mummy..dan mummy >>>>> makan sampai lebam.....sedapnye...nikmatnye xterhingga di tambah plak dengan air nestle bliss (mummy mmg suka sgt minum nestle bliss time preggy,sbb mummy mmg xleh telan air susu...ape2 jenis susu la.....)tq daddy....i love u.....ADUHAI GCB!!!!!......
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

KELAHIRAN KEMBAR

Wednesday, August 10, 2011

Sebahagian kecil wanita memang bernasib baik apabila mereka disahkan mengandung, tetapi adalah lebih menggembirakan pasangan apabila kandungan itu kembar pula.

Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seseorang tidak berupaya melakukan apa-apa usaha untuk menjadikan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.

Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur ´clomiphene´ iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar ´gonadotrophin´ kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur ´clomiphene´ dan suntikan ´gonadtrophin´ ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.

Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.

Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur atau kembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Kembar seiras (Identical twin) dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa, jantina, dan lain-lain.

Kembar siam juga adalah hasil dari kejadian kembar seiras tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung.

Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Tidak dinafikan, melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu bapa. Kejadian ini boleh dianggap satu rahmat Tuhan kerana dikurniakan dua atau tiga orang anak sekaligus dalam satu kehamilan saja. Walaupun demikian, pada keseluruhannya kehamilan dan kelahiran hanya menghasilkan satu bayi sahaja. Beberapa masalah memanglah tidak boleh dielakkan apabila si ibu perlu menampung dua jasad dalam kandungannya. Ini bermakna perutnya menjadi lebih berat dan beban fizikalnya juga bertambah untuk membawa isi kandungannya ke sana ke mari.

Ibu tersebut perlu menampung dengan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandungnya khususnya zat besi untuk membina darah dan vitamin asid folik. Dia juga perlu menambah mutu makanannya bagi tujuan itu. Pil zat besi dan asid folik mesti dan wajib dimakan oleh setiap ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak, ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuhnya akan diambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri. Masalah kekurangan darah jika dibiarkan akan membahayakan serta mengancam nyawa ibu ketika kelahiran bayi kembar ini berlaku. Kejadian tumpah darah selepas bersalin lebih kerap berlaku di kalangan kembar berbanding dengan kelahiran tunggal.

Keadaan ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur kerana rahim menjadi terlalu kembang untuk memuatkan dua jasad. Begitu juga dengan luka di tempat uri itu melekat pada rahim.

Tempat ini biasanya berdarah sejurus selepas bayi dilahirkan dan selepas uri itu dikeluarkan. Seperti yang saya tegaskan kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah satu sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Ibu yang sedang hamil kembar juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti tekanan darahnya naik atau ´hypertension´. Biasanya, ini disertai dengan bengkak kaki dan ´kencing kotor´ iaitu air kencing mengandungi protein. Rangkaian tiga tanda ini kerap berlaku ketika hamil, terutamanya kehamilan kembar. Penyakit ini biasanya digelar toxaemia dan ia boleh melarat menjadi sangat serius sehingga menyebabkan sawan atau ´eclamptic fits´.

Sawan adalah satu keadaan yang amat mencemaskan kerana ia boleh meragut nyawa seseorang ibu. Oleh itu penting bagi semua ibu mendapat jagaan yang sewajarnya ketika hamil dengan melakukan pemeriksaan di klinik untuk menentukan tekanan darah, air kencing, timbang berat dan keadaan bayi yang dikandungnya. Ini bertujuan untuk menjauhkan segala gejala dan bencana yang mungkin menimpa ibu hamil, khususnya ibu yang sedang hamil kembar.

Ibu yang hamil kembar juga sering menghadapi risiko kelahiran tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku di peringkat lapan bulan atau lebih awal daripada itu. Ini kerana rahim menjadi kembang dan amat besar dan ia tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu. Oleh itu sesetengah doktor menasihatkan ibu supaya berehat di hospital sebaik sahaja kehamilan meningkat lapan bulan sehinggalah dia melahirkan anak. Dengan berehat di hospital, masalah sakit bersalin awal dan tekanan darah tinggi mungkin boleh dielakkan atau dikawal rapi. Sayangnya, ramai wanita sukar dinasihatkan supaya masuk hospital, khususnya mereka yang datang dari luar bandar. Demi kesihatan, keutamaan yang sewajarnya patutlah diberikan untuk menjauhkan malang yang tidak berbau.

Setiap kelahiran kembar patutlah dilakukan di hospital yang terdapat berbagai-bagai kemudahan jika berlaku sebarang masalah dan kerumitan. Kedudukan bayi dalam rahim seringkali tidak normal, adakalanya songsang atau melintang. Kelahiran bayi yang sulung biasanya jarang menimbulkan masalah tetapi kelahiran yang kedua seringkali menimbulkan kerumitan. Jika tidak dikendalikan dengan betul mungkin tangan bayi yang kedua akan keluar dahulu. Ini tentulah menimbulkan masalah kerana dalam keadaan songsang atau melintang, bayi ini mungkin perlu dilahirkan dengan pembedahan sesarean. Sebaik-baiknya semua kelahiran kembar patutlah dikendalikan oleh doktor pakar yang terlatih dalam bidang ini.

Selain itu, bayi kembar juga terpaksa menempuh lebih banyak rintangan dan ancaman pada peringkat awal kehidupan sehingga umur sebulan. Kadar kematian bayi kembar lebih tinggi berbanding dengan kelahiran bayi tunggal. Tidak cukup bulan dan tidak cukup timbang berat adalah di antara sebab utama kematian bayi. Kerumitan dan kesukaran ketika kelahiran juga merupakan satu sebab mengapa kadar kematian kembar lebih tinggi. Biasanya, dalam kelahiran kembar ini, bayi kedua adalah lebih terancam daripada bayi pertama.

Bagi kembar siam, penting disahkan kehamilan itu sebelum kelahiran berlaku kerana kembar siam tidak boleh dilahirkan melalui cara biasa. Ia perlu dilahirkan menerusi pembedahan. Pengesahan ini biasanya didapati dengan melakukan X-ray pada peringkat akhir kehamilan dan daripada gambar ini beberapa tanda boleh dikesan untuk mengesahkan kejadian kembar siam. Walaupun demikian, perkara ini tidak perlu dibimbangkan kerana ia sangat jarang berlaku.

Jagaan bayi kembar juga merupakan satu cabaran kepada ibu dan bapa. Menjaga seorang bayi kadangkala boleh menimbulkan kekecohan, bagaimana pula menjaga dua orang bayi yang amat kecil dalam satu masa. Walaupun demikian, bantuan dari ahli keluarga lain bolehlah didapati khususnya dari ibu sendiri atau ibu mertua yang telah banyak pengalaman. Namun begitu, sekiranya anda disahkan mengandung bayi kembar, anda semamangnya seorang ibu yang bertuah kerana bukan senang untuk dikurniakan dua bayi comel dalam satu masa yang bakal mewarnai kehidupan anda sekeluarga.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

BETUL KE MOMMY DAH BETUL2 BSEDIA NI!!!!


huh!!!...moning olssss....

rungsing.....rungsing.....

bsedia ke mummy nih tuk kandungkan baby kembar yg makin membesar dalam pewot mummy nih????...dan akan jadi seperti ini tak lame lagi >>>>>>



moga tuhan memberi kemudahan,kesenangan dan ringankan beban kami dalam membesarkan anak-anak di dunia dan di akhirat...moga anak-anak mummy menjadi anak2 yg soleh dan solehah...insyaallah....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

RISIKO KANDUNGAN KEMBAR

Sesetengah ibu mungkin akan terkejut dan rasa kurang percaya apabila doktor mengatakan kandungan mereka kembar.Mungkin ramai ibu suka dan amat berharap dikurniakan kandungan kembar. Mereka ini mungkin berpendapat bahawa hanya dengan sekali mengandung tetapi dapat melahirkan dua orang cahaya mata.

Walau apa pun pendapat dan tanggapan mereka, bagi doktor semua kandungan kembar adalah kandungan yang berisiko tinggi.

Kandungan kembar boleh membawa kepada banyak komplikasi. Secara umumnya lebih banyak janin yang dikandung seperti kembar empat atau kembar lapan, maka lebih tinggi kematian dan morbiditi terhadap bayi dan ibu.

Kadar kandungan kembar di kalangan penduduk kulit hitam adalah lebih tinggi berbanding penduduk kulit putih dan orang Asia.

Secara kasar insiden kembar di kalangan wanita kulit putih adalah 1 dalam 100 kelahiran, wanita kulit hitam pula, 1 dalam 79 kelahiran dan wanita Asia 1 dalam 155 kelahiran.

Dengan adanya mesin ultrasound, kandungan kembar dapat dikesan pada peringkat awal. Selain itu maklumat lain seperti bilangan kembar, jenis kembar, kandungan air mentuban dan kedudukan uri dapat diketahui secara terperinci.

Kecacatan kongenital juga dapat dikesan dengan terperinci menggunakan mesin ultrasound.

Ini membolehkan pengendalian kes kembar dibuat dengan lebih baik dan teratur.

Salah satu faktor yang menyebabkan kadar kembar semakin tinggi kini ialah penggunaan ubat-ubatan untuk rawatan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ini termasuklah pengambilan pil subur (clomiphene citrate) iaitu rawatan yang sering digunakan untuk merangsang pengeluaran ova (telur) dari kilang telur atau ovari.

Jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada waktu subur kandungan kembar mungkin akan terjadi. Penggunaan teknik canggih seperti IVF serta penggunaan suntikan (gonnadotrophin) untuk ovulasi juga boleh mengakibatkan kadar kandungan kembar yang tinggi.

Kandungan kembar boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Kembar seiras (Identical twin atau monozygotic twin)

Ia melibatkan belahan (division) pada hanya satu ova yang telah disenyawakan kepada dua embrio. Waktu berlakunya belahan tersebut adalah sangat penting kerana ia boleh menentukan sama ada kandungan kembar itu berkongsi satu uri atau mempunyai uri masing-masing.

Jenis-jenis kembar seiras adalah seperti:

a) Diamniotic dichorionic monozygotic twin

Ia terjadi apabila belahan berlaku dalam masa 72 jam selepas persenyawaan.

Jenis kembar ini mempunyai uri dan sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar ini adalah 30 peratus.

Kematian kandungan kembar ini adalah paling rendah sekali iaitu 9 peratus berbanding jenis kembar yang lain.

b) Diamniotic monochorionic twin

Ia terjadi jika belahan berlaku dalam masa empat hingga lapan hari selepas persenyawaan.

Kembar jenis ini berkongsi satu uri tetapi mempunyai dua sarung berasingan. Insiden berlakunya kembar jenis ini adalah paling tinggi iaitu 68 peratus. Kematiannya pula adalah sebanyak 25 peratus.

c) Monozygotic monochorionic twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi pada hari kelapan atau lebih. Insiden kembar jenis ini cuma dua peratus sahaja.

Ia mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu 50 peratus.

Kematian janin biasanya berlaku apabila tali pusat berbelit atau akibat daripada twin transfusion.

d) Conjoined twin

Ia berlaku apabila belahan terjadi selepas pembentukan disc embrio. Insiden kembar sebegini cuma satu dalam 60,000 kelahiran.

e) Kembar tidak seiras (Fraternal twin atau dizygotic twin)

Ia melibatkan persenyawaan dua ova yang berlainan. Persenyawaan boleh berlaku pada kitaran haid yang sama atau kitaran haid yang berlainan. Kembar ini boleh mempunyai jantina yang berlainan dan uri yang berasingan.

Masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti di bawah:

* Kelahiran pramatang (Premature delivery).

Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pramatang.

Faktor pramatang inilah menjadi penyebab utama mortaliti dan morbiditi dalam kandungan kembar.

* Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation). Pembesaran yang tidak simetri boleh berlaku dalam kadar 15 peratus hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ini sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kematian perinatal (perinatal mortality). Ia boleh terjadi dalam anggaran 10-15 peratus iaitu lebih kurang 3-11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan single. Kematian ini adalah berpunca daripada pramatang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran.

* Keguguran (abortion). Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kecacatan kongenital (congenital malformation). Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan single. Masalah ini adalah lebih kerap dilihat pada pasangan monozygotic.

* Darah tinggi semasa mengandung (pregnancy induced hypertension) dikatakan sering terjadi antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar.

* Anaemia yang disebabkan kekurangan zat besi adalah jauh lebih kerap terjadi pada kandungan kembar berbanding dengan kandungan single.

* Kandungan mentuban yang banyak (polyhydramnios). Ini juga adalah satu masalah yang sering terjadi pada kandungan kembar terutama sekali di kalangan kembar jenis monozygotic.

* Kedudukan bayi yang normal (malposition). Jika kedudukan bayi itu melintang atau menyongsang, kelahiran secara pembedahan Caesarean harus dilakukan. Ada kalanya pembedahan Caesarean juga dilakukan untuk kelahiran kembar kedua jika menghadapi masalah.

* Birth asphyxia atau neonatal depression. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pramatang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran.

* Placenta previa (kedudukan uri bawah) juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar.

* Uri lekang (abruptio placenta). Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh decompression secara mendadak pada rahim.

Di sebabkan komplikasi-komplikasi inilah maka kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan yang berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan lebih kerap.

Komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul bukan hanya di peringkat antenatal malah sewaktu bersalin dan juga selepas bersalin.

Sumber:Utusan Malaysia

(Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.Z., Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G))
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

SY DAH BUKA BUKU PINK!!!!!!!

Tuesday, August 9, 2011

ALAHMDULILLAH...sekali lagi kupanjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepadanye......

smalam selasa bersamaan 090811 mummy ke Klinik Kesihantan Ibu dan Anak Tanglin,KL untuk membuka buku pink.....apa itu buku pink?????....ok buku pink nih dibuka untuk ibu2 yg baru didapati mengandung...biasenye bila kita dapati kita mengandung,kita akan buka or buat buku pink di mane2 KK yg berhampiran dengan office or rumah kita...buku pink nih xboleh dibuka terlalu awal sangat...dalam 2bln setengah or 3 bln ok la kalau nak buka...tp bagi mummy,mummy punya masalah ketika mengandung anak sulung,so mummy terpaksa call untuk buat temujanji secepat mungkin,lagi2 mummy baru sgt melahirkan bby sulung belum cukup setahun,than preggy semula dan twin lg!!,so nurse terpakse mempercepatkan tjanji mummy ke KK....tadddaaaaa....mummy dah berjaya muka buku pink!!!!!!!



dan ini pic. scan baby dalau pewot br2 nih...hah!!!,nampak x 2 ade 2 bulatan kecil sebelah kiri...2 la kantong anak2 mummy....moga2 dua2nya sihat dengan jayanya...insyaallah.....


Suke ke??? LIKEkan je!!!!

REZEKI DI BULAN PUASA!!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!

entry kali ni mummy nk cite tentang rezeki yang tidak ternilai untuk mummy sekeluarga di bulan yg mulia nih.....alahamdulillah syukur teramat sgt kupanjatkan kepadamu tuhanku...

al-kisah bermulanya cerita,mummy lewat dtg period 4 hari dan itu membuatkan hati mummy sangat2 rungsing,mane taknye mcm2 bermain di fikiran,tp mummy tenangkan hati dan berkata2 "maybe 2 3 hari lagi datangla en.P nih" sbb dh terase cucuk2 dibahagian ari2...puas mummy minum soft drink...tp xturun2 gak...last2 hari kemudiannye mummy ajak daddy ke famasi tuk beli pregnent test....malam 2 mase mummy nak mandi berat gak hati nih nak test,tp kena gak test....than mummypn test......ayyyooookkkkkkk!!!!!!




mase 2 hati mummy ni hanye tuhan je yg tau..mummy tunjuk PT u pd daddy...daddy seakan blur..daddy tanye mummy "syg ngandung ye????" dan mummy hanye mampu angguk je....mulai saat 2,mummy rase cam xtenteram,daddy tenangkan mummy,daddy kata "..kalau syg belum sedia kita jumpe doc. n dengar nasihat doc...."..bukan ape,mummy rase cam terlalu awal tuk mummy preggy balik,bayangkanlah si sufi baru je 9bln mummy plak dah preggy balik..huh!!!...padanlah sufi 2 3 hari nih asik merengek je...pandang mummy cam xpuas hati,rupenye jeles!!!....

than keesokkan harinye mummy ke hospital pakar al- islam kampung baru dimana mummy penah menginap disitu ketika mummy melahirkan si sufi tahun lepas...than mummy berjumpe dengan pakar sakit puan "doc. rosilawati..."..mummy dah biase dengan doc. nih coz mase preggy sufi dulu slalu gak mummy jumpe dgn dia...so mummypn tanye la pendapat doc.,than doc. kate "munirah,xde masalah kalau u nak teruskan kandugan nih..lagipn luka czer upn dah ok...tp biar sy scan dulu"...nurse membantu aku tuk baring di tpt scan..doc. mula scan perut aku "biasenye kalau baru2 nih xnampak lagi ketulannye..,tp biar sy cuba,kata doc..."...."wow!!!,mari sy tunjukkan bby awk,mummypn bsusah payah tengok di screen tv.."..tiba2 doc. bersuara "...munirah u ade keturunan kembar ke???..mummy menjawab...ade!!!,belah ibu sy,tp mase sy preggy anak sulung dulupn sy pregnent twin,tp mase sy 4 bulan sy keguguran satu daripada 2...kenapa ye doc.????..."sy lihat kali nih awk pregnent twin lagi coz ade 2 kantong"...huh!!!..agak nak luruh jantung mummy...keluar je dari bilik doc. mummy terus call daddy...daddy agak terharu bile mummy gtau yg mummy pregnent twin...sukanye dia hanye tuhan yg tau!!!...harapan dan doa mummy semoga anak yg berada dalam kandungan mummy nih sihat2 selalu....alhamdulillah mummy xde alahan ape2 buat mase nih!!!!!....amin....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra