WANITA HAMIL PERLU ELAK GUNA BOTOL BPA OK!!!!

Sunday, June 19, 2011

Salam dears,
Dalam sibuk sibuk golongan mak bapak dok mencari botol susu yang BPA free untuk anak anak guna, golongan ibu mengandung pun should take note jugak yer. Bukan setakat beli botol susu BPA free untuk anak yang bakal lahir tu jer, tapi diri sendiri pun perlu elakkan guna bekas makanan & minuman yang diperbuat daripada bahan yang ada BPA tau.

Sebabnya apabila memanaskan makanan dalam bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu hamil telah mendedahkan janin yang dikandungnya kepada BPA (source). Janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi (source).

In addition, untuk makluman semua, ni nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia (infor dicopy paste dari sini):

"Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ’sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman."


Kalau ikut table tu, no. 2 dan 4 pun selamat digunakan

Hmm...rasanya semua ibu mengandung tau yang time peknen memang laa segala makan minum kena jaga sebab anak dalam perut tu bergantung 100% kat apa yang si ibu consume. And now, nak makan & minum guna bekas apa pun mesti aware jugak lah yer. Hopefully this infor is useful for all mommies-to-be out there :-)

P/S :alhamdulillah mummy memilih botol yang sesuai untuk kegunaan sufi selama 7bln sentengah......
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra