DOA YANG TERBAIK UNTUK ANAKKU!!!!!!!

Sunday, June 26, 2011

” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin

---------------------------------------------------------------------------------
Entri kali nie mummy nk story pasal si tecik mummy yang xberape nak sihat....huh!!...sungguh menguji tahap kesabaran mummy n daddy bile sufi meragam seharian...mummy n daddy dh xtau nak wat pe...sik merengek je..letak xkena,dukong xkena...susu xmo,men xmo..poning den!!!!...last weeks lagi sufi dah mula batuk2..mummy tau kalo sufi batuk mesti sufi meragam...mulanye batuk xde kahak,hari yg berikutnye makin teruk..sufi xpandai nak buang kahak,muntahpn tidak..sufi mmg jarang sekali muntah sejak dari baby lagi...so itu yg membuatkan batuk sufi menjadi2...mummy n daddy terpakse bawa daddy ke Klinik Akashah di SPPK Segambut...wlpn mummy dah beri sufi makan ubat batuk dan kahak sufi tetap same,batuk makin menjadi2 bile hari malam ke subuhnye...mummy xlena tido,kesian daddy terpakse pangku sufi..ubat dah makan,tp xmujarab2...selang beberapa hari,mummy ajak daddy ke Klinik Pakar Kanak-kanak Tan area Segambut gak...mummy xnafikan ubat2 di Klinik tu sgt2 elok untuk kanak2 berbanding klinik2 lain yang penah mummy kunjungi..Doktor lelaki cina yang sangat2 smart n kacak...hihihih...(sempat lagi 2!!)...Klinik Pakar kanak2 tu kena datang awal2 pagi coz terlalu ramai org membawa anak msg2...tiba turn sufi doc. check2 dada sufi than doc. kate sufi kena amik nebulizer (gas untuk cairkan kahak bagi kanak-kanak)


APA ITU NEBULIZER????????
Nebulizer merupakan alat untuk membantu pencairan kahak / slump yg ada di rongga dada. Kebanyakan anak kecil yang tidak pandai buang kahak sendiri (- 5 thn) yang memerlukan alat ini...

-----------------------------------------------------------------------------------
Nurse menjalankan tugas untuk memberi nebulizer utk si tecik mummy...punyelah melalak berpeluh2...sampailah ttido sendiri...sian tecik mummy,doc. suh sufi amik nebulizer keesokan harinye sekali lagi...so keesokan harinye pagi2 lagi mummy n daddy dh tcongok kat Klinik 2...buat kesekian kalinye si tecik mummy meronta2 dari alat nebulizer...hati mummy sangat2 sedih bile tengok si tecik mummy menangis,bjurai2 air mata...mummy berzikir2 menodoikan dan menenangkan sufi,dari sudut kecil bilik tersebut daddy hanye mampu menenangkan si manjanye,mengusap pipi dan tangannye...dan akhirnye sufi rela dibuat apa saje...(mungkin sufi dah xlarat nak nangis lagi kot!!!)...alhamdulillah..pagi ni mummy bangun untuk bersiap ke tempat kerja,sufi masih nyenyak tido..mummy mendukung sufi untuk menghantar sufi ke rumah eyang...hati mummy dan daddy berbunga2 bile tengok sufi dah boleh main dan tersenyum seperti kebiasaan...BATUKKK!!!!...masih lagi,tp alhamdulillah nampaknya beransur baik....
----------------------------------------------------------------------------------
ini sebagian doanya (BUAT ANAKKANDAKU SUFI MIKAIL BIN SUHAIMI)
“Ya Allah,

Anugrahilah kepadaku kelangsungan hidup anakku

Kemaslahatannya bagiku dan kesenangannya untukku

Tuhanku,

Panjangkanlah usianya untuku tambahkan ajal mereka bagiku

Untukku

Peliharalah yang kecil dari mereka

Kuatkan orang yang lemah di antara mereka

Sehatkan badan, akhlak, agama mereka

Sejahterakan jiwa dan raga mereka

Dalam segala hal yang urusannya menjadi tanggunganku

Alirkan reZeki mereka melalui tanganku

Jadikan mereka

Orang-orang yang baik dan bertakwa

Yang punya pandangan dan pendengaran

Yang taat kepada-Mu

Yang mencintai dan setia kepada kekasih-Mu

Yang membenci dan memusuhi musuh-musuh-Mu

Amin

Suke ke??? LIKEkan je!!!!

SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH!!!

Adapun disenaraikan sifat-sifat isteri solehah di bawah jika seseorang isteri
ataupun wanita itu kekurangan tidaklah dijadikan alasan untuk tidak berkahwin,
salah satu sifat lelaki solehah itu ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri
dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu yang dijadikan Allah swt mempunyai
rahmat disebaliknya.

1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan
kehendak Allah s.w.t
2. Bersikap malu terhadap suami
3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami
4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata
5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan pergi
6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan
7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)
8. Menghiaskan diri untuk suami
9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami
10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami
11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami
13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami
14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya
15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami
16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami


Suke ke??? LIKEkan je!!!!

PETUA KEMPISKAN PERUT

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

PETUA MEMUDAHKAN DAPAT ZURIAT

Sunday, June 19, 2011

KITA MAMPU BERUSAHA TAPI TUHAN YANG MENENTUKAN

Salam dears,
mummy nak berkongsi petua ni.Ada doa & amalan amalan yang boleh dimanfaat kan oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Kalau korang yang dah pernah amalkan tapi masih belum berjaya, terus kan lah. Benda baik elok tak rugi kalau terus buat kan? Mana tau dengan berkat usaha tanpa putus asa moga Allah akan makbul kan permintaan kita, InsyaAllah :-)


Doa Memohon Zuriat - amalkan sebagai zikir sepanjang masa:


“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)


"Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)

Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Kita hanya berusaha tapi semuanya terletak pada ketentuan Allah - usaha, tawakal dan redha. Wallahu'alam....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

WANITA HAMIL PERLU ELAK GUNA BOTOL BPA OK!!!!

Salam dears,
Dalam sibuk sibuk golongan mak bapak dok mencari botol susu yang BPA free untuk anak anak guna, golongan ibu mengandung pun should take note jugak yer. Bukan setakat beli botol susu BPA free untuk anak yang bakal lahir tu jer, tapi diri sendiri pun perlu elakkan guna bekas makanan & minuman yang diperbuat daripada bahan yang ada BPA tau.

Sebabnya apabila memanaskan makanan dalam bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu hamil telah mendedahkan janin yang dikandungnya kepada BPA (source). Janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi (source).

In addition, untuk makluman semua, ni nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia (infor dicopy paste dari sini):

"Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ’sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman."


Kalau ikut table tu, no. 2 dan 4 pun selamat digunakan

Hmm...rasanya semua ibu mengandung tau yang time peknen memang laa segala makan minum kena jaga sebab anak dalam perut tu bergantung 100% kat apa yang si ibu consume. And now, nak makan & minum guna bekas apa pun mesti aware jugak lah yer. Hopefully this infor is useful for all mommies-to-be out there :-)

P/S :alhamdulillah mummy memilih botol yang sesuai untuk kegunaan sufi selama 7bln sentengah......
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

OHHHH BOTOL SUSU !!!!!!

Alhamdulillah ahad baru2 nih pagi2 lagi daddy dah ajak mummy ke wangsa walk untuk membeli beg laptop targusnya...huh!!...sungguh kecewanya daddy apabila beg yang dicari tidak ketemu di wangsa walk...kami terus ke sogo untuk membeli botol susu sufi...kekecewaan berpihak kepada mummy pula apabila botol susu sufi sudah sold out...huh!!!....kami terus ke JJ kepong untuk mengambil kasut daddy yg dihantar untuk dibaiki...kami teruskan perjalanan ke Bangsa Shopping Center..di situ terletaknya butik Mothercare...seingat mummy daddy ade bawa mummy ke butik tersebut diakhir2 kandungan mummy dulu untuk mencari puting sufi...sesampai di butik mothercare mummy terus menuju ke ruang produk "TOMMEE TIPPEE" yang penting BPA FREE ok!!....huh!!mummy sungguh kecewa apabila benda yang dicari xkelihatan....mummy sedang mencari botol susu 5oz...yang ada hanya 9oz...9oz banyak dah stok daddy belikan sejak sufi dalam kandungan....mummy mendongak keatas untuk melihat produk tommee tippee yang lain..dan akhirnye mummy tersenyum jua apabila terlihat ada tersusun berkotak2 botol tommee tippee 5oz....tanpa tunggu mummy terus sebat sekotak....dari jauh mummy melihat kelibat daddy bersama si tecik bermain2 bear!!!...mummy hanya tersenyum!!!..mummy terus ke cashier untuk membayar...daddy menghulurkan note 50 kepada mummy...ade potongan 10% la...ini bermakna mummy hanya perlu membayar 44.00 sahaja ok!!!..selebihnye ke poket mummy ye!!!..ahakakaka....


BOTOL SUSU LAMA SUFI - DAH 7BLN GUNA SO BOLEH BUANG OK!!!!


BOTOL SUSU YANG BARU MUMMY BELI UNTUK SUFI

Dah byk rasenye botol susu sufi mummy beli yang besar ada 4 biji masih belum pakai...yang kecil ada 6biji,tp yang 2biji mummy terpaksa buang memandangkan dah 7bln lebih sufi guna botol tersebut...rasenya wajib ditukar untuk kesihatan sufi ok!!!...tadaaaaaa.....byknye koleksi botol susu sufi>>>>>>>



PERSOALANNYA :

MENGAPA MUMMY TERLALU TERUJA DENGAN BOTOL SUSU TOMMEE TIPPEE?????
-ini kerana botol susu tommee tippee "BPA FREE"... nipplenya seakan mothers breast...lembut dan mesra pengunaannya...selain itu botol susu tommee tippee punyai body shape yang menarik dan easy to hold baby ok!!!....bagi baby yang baru belajar memegang botol susu sangat2 sesuai untuk menggunakan botol susu tersebut....botol ini juga mempunyai lubang udara yang tidak boleh menyebabkan baby kembong...mummmy masih ingat mase mummy menanti kelahiran sufi,kehulu kehilir mummy bawa botol TT yg di isi 2oz air zam-zam untuk sufi apabila sufi selamat dilahirkan...alhamdulillah abis licin nurse bagi sufi minum...dahaga sangat kot anak mummy nih...nurse 2pn tkejut sampai 2oz sufi sebat...wakakaka....sedap la 2 air zam-zam ekkk syg!!!!

SELAIN BOTOL SUSU TOMMEE TIPPEE, MUMMY PERNAH CUBA BOTOL SUSU JENAMA LAIN???
-tipu la kate xpernah guna brand lain...mase sufi dalam kandungan, daddy ade beli satu kotak permulaan untuk new born "AVENT"...mummy cuba pakai beberapa bulan pertama,tp sufi kurang isap susu bila mummy beri dan botolnya selalu liking maybe mummy bertukar penutup sbb sufi punyai 2 biji botol avent 4oz...bila liking je mummy terpaksa beli puting baru!!!...susah la macam nih,lagi2 bila sufi menangis mummy jadi kelam kabut dibuatnye...jadi jalan yang terbaik mummy hanye terus menggunaakan botol susu tommee tippee....mummy rase itu yang terbaik untuk sufi...jadi terpakselah mummy simpan kesemua botol susu avent kedalam kotaknya balik....

APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT???
-Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
5.Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT????
-Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA????
- Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

LANGKAH-LAANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali.

Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu terendam. Bila air sudah mendidih, masukan botol-botol susu yang ingin disterilkan. Rebus selama 2-5 minit. Matikan api dan angkat semua botol. Selesai!. Selamat mencuba.


TOMMEE TIPPEE ADALAH YANG TERBAIK BAGIKU

Characteristic :

Designed in conjunction with breastfeeding experts, the revolutionary new Tommee Tippee Closer to Nature easi-vent teat mimics the natural flex, movement and softness of a mum’s breast, to make switching between breast and bottle easier than ever before.

The unique shape of the Closer to Nature easi-vent teat encourages your baby’s natural feeding action so that switching between breast and bottle becomes second nature.

The Closer to Nature bottles have been designed to be held in the most natural positions during feeding and can be held in 3 ways: cradled comfortably in the hand, gripped in the same way as a traditional wide neck bottle and held from the base; making feeding comfortable for both mum and dad.

With it’s unique easi-vent anti-colic valve which you can actually see working, the Closer to Nature bottle is at the heart of an entire breastfeeding support system which also includes a breast pump, sterilisers and accessories specially created to help you combine breast and bottle feeding.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

SUFI KE DATARAN MERDEKA

lalalalala.....Hah!!! sufi berjalan sakan...hihihih...malam jumaat ri 2 daddy bawak mummy n sufi ke dataran merdeka...agak dah lame jugak la mummy xjejak kaki ke dataran merdeka...hihihih...seingat mummy last mummy jejakkan kaki ke dataran merdeka rasenye mase mummy mula2 kenal dengan daddy...daddy bawak mummy,mummmy fia n ayah chik ke sane...hahahah..masih mummy simpan pic kami berempat di dalam hp mummy....malam jumaat baru2 nih daddy terus menuju ke dataran merdeka..huh!!...saangat2 teruja...sufi jgn cakaplah..pandang kiri,pandang kanan...pas 2 gelak..suka sangat bile tengok lampu2 berkelip2,dan kereta yang lalu lalang kat atas jalan....daddy ape lagi..sik suruh kami posing2 je...wakakakak....tadaaaa.....






Suke ke??? LIKEkan je!!!!

APABILA MUMMY SUFI DRIVE KE CYBERJAYA

Wednesday, June 15, 2011

Assalamualaikum..harini sy nak cerita pasal sepanjang perjalanan sy bersama kawan office ke Cyberjaya semalam 15062011..Tepat 12.30thari mummy,ibu betty dan mama ina tergerak dari office jalan duta ke Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Cyberjaya untuk menhantar surat tunjuk sebab tidak menghadiri peperiksaan perkhidmatan sbb dah terlalu pandai!!!..wakakakaka...sepanjang perjalanan kami ber3 ke sane kami melayan lagu2 jiwang karat sambil menari2 anak (hah!!..korang ingat sedap sangat ke sore korang 2!!..waakaka)xkisah la janji kami happy..kami mengambil kata sepakat untuk lunch di Alamanda..dah lame rasenye sy xjejakkan kaki ke Alamanda selepas sy melahirkan si tecik...mane xnye sepanjang sy bkerja di Lembaga Peperiksaan Putrajaya,muka sy la yg selalu btebeng kat Alamanda 2..dah sarat 8 blnpn tetap gagah bjalan kaki untuk ke Alamanda...ohhhh Alamanda sungguh rinduku padamu...Kebetulan pula semalam hari rabu,kami terus ke Baskin Robbins (pink day - by 1 scoop free 1 scoop) yeah..sedapnye...kami singgah ke butik Anakku,Mothercare dan akhirnye ke Butik Poney..(tadaaaa..mummy belikan sufi jeans pendek + sweater)..cumilnye..tp mummy simpan dalam teta je..nanti daddy marah mummy beli lagi bj sufi!!..hihihi..tepat 02.00pm kami bgegas ke Cyberjaya,jarak antara Putrajaya ke Cyberjaya memakan mase selama 10 minit,akhirnya kami tiba jua tempat yg ingin dituju..sampai di kaunter ptanyaan kami terus menyerahkan surat tunjuk sebab kami pada kerani di meja kaunter hadapan bahagian tersebut..selesai sudah satu masalah...
kami bergesas pula pulang ke office..2jam berada dalam kereta bpusing2 di Cyberjaya untuk cari jalan keluar...pusing punye pusing tembus Cyberjaya balik..tgelak besar kami....masih blum berjaya keluar dari kawasan Cyberjaya lagi nih!!!...pusing dan terus pusing lagi!!!...XBERJAYA JUGA OK!!!...sangat2 terbakar hati nih...si betty siap tido lagi kat blakang...punye la bengang!!!..Akhirnye kami cube masuk persimpangan Serdang...lagi pening,tah mane2 hala tuju kami nih!!!redah je la..3 tol terpakse kami lalui..huh!!!..kalo sy tau sy masuk balik Putrajaya than ikut laluan biase ke KL...sengal tol!!...kaki sy rase cam nak tcabut wlpn sy drive auto car!!..akhirnye kami selamat sampai di Lembaga Peperiksaan tepat jam 4.00ptg..dengan badan yang longlai kami terus ke kantin dan melantak (kebuluran..mane cukup makan eskrim je!!)selesai hajat terus kami tuju ke meja masing2...punch card berbunyi menandakan waktu kerja telah tamat..sy terus bergegas ke rumah bonda untuk mengambil si tecik dan setia menunggu en.suami menjemput sy pulang ke rumah....setiba dirumah sy terus menuju ke tilam dan merebahkan badan...ohhh..penatnye rase seluruh badan..en.suami hanye pandang dan memahami keadaan isterinye yg nampak kelesuan dan kepenatan..en.suami terus mengambil tempat menyedikan hidangan makan malam utk santapan kami berdua..si tecik turut same bergolek2 di sisi mummy,seakan memahami kepenatan mummynye..mummy tpaksa mengepong disetiap bahagian tilam supaya sufi xterjun...hahaha..sufi..oohhh sufiii...kiut benar kamu..dah pandai duduk sendeng ke tepi..ewah2..cumil je..cepat sungguh kamu membesar..rasenye itulah kali pertama dan terakhir sy drive ke Cyberjaya!!!!....(moral of da story :- JANGAN PANDAI2 XDATANG AMIK EXAM OK MUMMY SUFI!!!)WAKKKKLLLUUUU.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

ALHAMDULILLAH SUFI MIKAIL 7 BULAN SUDAH!!!

Sunday, June 12, 2011

Pejam celik, pejam celik 08062011 SUFI MIKAIL BIN SUHAIMI genap 7 bulan...tanpa mummy sedar cepat benar mase berlalu...masih teringat saat sufi di dalam perut mummy, detik menanti kelahiranmu syg detik yang paling bahagia dan bermakna dalam hidup mummy n daddy....cahaya mata pertama yang dinanti2kan selama 10 bln selepas mammy n daddy disatukan...after 10 bln baru mummy disahkan pregnent 4weeks bermakna 1 bln sudah sufi di dalam perut mummy tanpa mummy sedari...sufi terus membesar dan membesar sehingga 18weeks mummy turun darah yang amat byk akibat daripada seorang pegawai di office mummy yang tidak berhati perut...ketika mummy mengandungkan kamu mummy diarahkan oleh beliau untuk mengangkat barang2 stor seperti kertas2 A4 berrim2 selama 1-2 hari...mummy malas nak ganduh maka mummy buat kerja 2 walaupn mummy tau akibatnya...mummy xmo melawan cakap dia,padahal ramai lagi kat office 2 yang xpregnent...boss mummy cakap "munirah u jangan angkat guna tenaga perot ye,guna tenaga tangan"...BODOH SUNGGUH ORG ITU!!!!.....ketika itu ramai kawan2 sepejabat mummy suh buat tak tau je,tp apakan daya...cakap saja xmencukupi,mengapa tidak mereka mempertahankan nasib mummy ketika itu...tp mummy paham keadaan diaorg ketika itu......selepas kejadian angkat mengankat berrim2 kertas A4 mummy turun darah yang amat byk pada malamnya...daddy sangat marah bile mummy cerita kejadian yg tidak berperikemanusiaan....sehinggakan daddy nak datang berjumpe dengan boss mummy di office...puas mummy pujuk akhirnye daddy kool....awal pagi lagi daddy dah bawa mummy ke HKL untuk check pendarahan yang mummy alami...doc. kata baby ok...cume doc. ambil sample darah yang keluar...doc. buat satu surat ke office mummy n WARNING kepada mereka2 yang tak berhati perut supaya tidak menyiksa mummy lagi...huhuhu....Doc. juga memberi mummy cuti rehat selama seminggu....mummy berehat di rumah bonda mummy...belum habis di situ,mummy mengalami pendarahan buat kali ke2...daddy bergegas bawa mummy kembali ke HKL....doc. terus scan than doc. kate baby mummy ok2 saje...hati mummy sangat2 lapang bila dengar doc. kate bergitu walaupn dlm hati mummy sangat2 risau....doc. kembali memberi mummy cuti reht selama 2minggu..bermakna mummy dapat MC 3 minggu...hooorrreeyy!!!!....
UPPPPSSSSS!!!...cerita diatas belum habis lagi!!!!...keesokkannye,lain pulak jadinya...mummy turun air!!!...air ape 2!!!...air ketuban la...mummy sangat2 risau...mummy call daddy suh daddy lik bawak mummy ke HKL...sesampai di HKL mummy terus discan...Doc.kate baby sihat tp kurang aktif..doc. juga cakap "PUAN INI JUGA ADALAH SALAH SATU SEBAB KEMUNGKINAN PUAN AKAN MENGALAMI KEGUGURAN,BANYAK2KAN BERDOA YE PUAN"...hanya ALLAH saja yang tau perasaan mummy n daddy ketika itu...daddy cuba tenangkan mummy..walaupn mummy xmenangis di depan daddy,tp dalam hati mummy dah berjuta2 manik air mata menitis....mummy sangat2 tidak puas hati,mummy terus ajak daddy ke PUSRAWI KL untuk scan lebih lanjut sbb kemudahan yang ada di HKL tidak secanggih di tempat lain...penat menunggu giliran akhirnya tiba giliran mummy jua...Doc. ppuan (agak dah lupe namanye!!!)..doc.pn scan la perut mummy selepas mummy menceritankan kejadian yang menimpa diri mummy dan akhirnya doc. bertanyakan kepada mummy n daddy "DALAM AHLI KELUARGA PUAN DAN EN. ADA TAU YANG BERANAK KEMBAR"...mummy agak tkejut dengan soalan yang diajukan...mummypn menjawab "ADA,IBU SAUDARA SAYA BERANAK KEMBAR 2,DAN IBU SAUDARA MONDA SAYA BERANAK KEMBAR 3"..doc.pn ckp kepada mummy n daddy "PUAN MENGANDUNGKAN ANAK KEMBAR,TAPI SEORANG SAJA YANG BERNYAWA,YANG LAGI SATU DAH KEGUGURAN"...huhuhu...mummy dan daddy berpanjangan dan masing2 agak terkejut dan semacam xpercaya...walaupn mummmy sedih sbb seorang lagi xdpt diselamatkan,tp mummy tetap bersyukur tuhan masih sayangkan mummy dengan memberi seorang lagi ganti...doc. cakap "PUAN PUNYAI DUA KANTUNG,INI BERMAKNA PUAN MENGANDUNKAN BAYI KEMBAR TAK SEIRAS,DAN BESAR KEMUNGKINAN BERLAINAN JANTINA IAITU LELAKI DAN PEREMPUAN"...doc. kata maybe yang sorang lagi 2 xcukup kuat untuk bertahan selama didalam perut mummy...kantungnya berada dibelakang kantung sufi mikail,sbb 2 la bile scan xnampak ada 2 denyutan nadi...mungkin juga dari awal kandungan dia dah xmampu bertahan tunggu saatnye je untuk dia turun...masa scan doc. ade tunjuk pada mummy dan daddy satu kantung yang telah kosong di belakang kantung sufi,dah melayut ke bawah...doc. kate maybe 3-4 weeks atau lebih mummy akan mengalami pendarahan....sampailah kantung 2 kering....sesudah itu mummy dan daddy terus pulang kerumah...sepanjang perjalanan ke rumah mummy asik tersenyum2 sorang...seronok+sedih...seronok sebab baby mummy sihat...sedih bile dengar salah satu xdapat diselamatkan....mummy masih ingat kata2 doc. pada mummy "PUAN BERUNTUNG,INSYAALLAH,KALAU PUAN PENAH MENGANDUNGKAN ANAK KEMBAR XMUSTAHIL LEPAS2 NIH PUAN BOLEH LAGI MENGANDUNG ANAK KEMBAR".....mummy berubat di klinik homeparthy kampung baru,alhamdulillah mummy makan ubat mengikut peraturan xsampai sebulan pendarahan mummy dah pulih....daddy bawa mummy untuk meneruskan rutin checkup bulanan ke SDMC subang jaya meskipun tiap2 bulan mummy telah buat checkup kat KK Tanglin,daddy ade panel so daddy kate kite g buat checkup kat 2 2 tempat...kjaan n private...daddy nak mummy deliver sufi kat SDMC subang jaya,tp agak jauh dari family,susah family kami nak datang melawat mummy kalo mummy deliver nanti...so kami mengambil kate putus untuk buat checkup kat AL-ISLAM SPECIALIST KAMPUNG BARU dan deliver di situ....alhamdulillah 08112011 mummy selamat melahirkan sufi secara czer...mummy nak deliver normal je tapi sufi xmo keluar...mummy duduk di hospital selama 6 hari....1 hari jalan hanya buka 1cm...walaupn dah di induce dan drip air berbotol2..hari ke-3 mummy di hospital hanya 3cm je jalan terbuka...so doc. terpakse bedah mummy coz takut sufi lemas...menggigil kaki mummy ketika mummy di tolak ke labor room....doc. pakar bius yang sangat cantik ckp dengan mummy "DAH 3 MALAM SAYA XTIDO NYENYAK TAKUT2 MUNIRAH NAK DELIVER N KALAU2 NAK APA2 INJECTION CONTOHNYE APIDURAL MASE BERSALIN,AKHIRNYE MUNIRAH BERANAK BY CZER JUA,TERPAKSALAH SAYA INJECT MUNIRAH UNTUK KEBAS SEPARUH BADAN..."masa pakar bius nak inject mummy,mummy punyelah mengiggil2 n berpeluh satu badan,padahal dalam labor room 2 punyelah sejuk sgt2...hahahah...penakut gak mummy nih rupanye...lepas je pakar bius inject di hujung tulang belakang mummy,mummy dah mula xrase ape2 dari hujung jari kaki hinggalah ke dada....mereka membaringkan mummy dan menutup separuh badan mummy supaya mummy xdapat melihat ketika proses pembedahan dijalankan..(prosidur is prosidur)...mummy xsabar sangat2 nak tengok cahaya mata mummy yang suka sangat kick2 mummy dalam perut keluar ke dunia untuk bertemu mummy dan daddy....yang sedihnye...daddy xdapat masuk..kalo normal suami boleh masuk...tp kalau czer xboleh ok!!!...daddy sabar menanti diluar...mummy bertanyakan dengan pakar bius adakah perut mummy telah dibedah,doc. bius 2 kata "DAH NAK NAMPAKPN BABY AWK!!!"...ALLAHHUAKBAR!!!...DAh xlame lagi nih!!!...senyum2!!..walhal xrase sikitpn sakitnye....sepanjang pembedahan dijalankan para doc. dan ass. doc. sibuk bercerita tentang nak beli no. plat kereta...beribu2!!...dasyat..dalam laborpn boleh cite benda2 mcm 2,sik bek bukan no ekor...hahahah....after 10 minit...AMANAH ALLAH UNTUK MUMMY DAN DADDY SELAMAT DILAHIRKAN...ALHAMDULILLAH,MUMMY BERSYUKUR TAK TERHINGGA...sungguh comel amanah Allah pada mummy dan daddy....doc. tunjukkan sufi pada mummy...your child is a boy!!!...alhamdulillah,baby boy or baby girl I do not care!!!,janji sihat dan cukup sifat....dan daddy yang setia menanti diluar di panggil oleh doc. untuk megazankan anaknye...daddy seakan tidak percaya dia ketika itu telah bergelar seorang bapa dan menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan olehNYA..hari ke 7 kami berikan nama AMANAH ALLAH itu sebagai SUFI MIKAIL YANG MEMBAWA MAKNA AHLI TASAWWUF + NAMA MALAIKAT MIKAIL..kini lengkaplah kehidupan kami sekeluarga!!!...ALHAMDULILLAH...KAMU ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA MUMMY DAN DADDY,AMANAH YANG TIDAK TERHINGGA,AKAN MUMMY DAN DADDY BERIKAN SEPENUH KASIH DAN SAYANG KEPADAMU..MOGA KAMU MENJADI ANAK YANG SOLEH..INSYAALLAH






Suke ke??? LIKEkan je!!!!

GERAM AKU GERAM!!!!!

Tuesday, June 7, 2011

Pagi2 lagi dh wat aku geram n panas hati...mane xnye ade la sorang hamba Allah kat office aku nih bpangkat pegawai nk cube2 try aku...buat aku rimas je..dah la dh tua,anak dah bderet2..tp masih nak men kayu 3..kalo ko nak men kayu 3pn, aku nih bukan la mangsanye...

I was furious indignation

Al-kisah semalam si tua nih mintak no phone aku,tp aku xbagipn,aku ingat dh abis la sampai c2..tub2 dia datang kat meja aku than tulis no phone dia atas kertas dan letak atas meja aku...siap cakap dgn aku "kalo bosan2 malam2 call la sy kite sembang2"...GILAAAA...weiii!!!..aku ade laki n anak,xde mase aku nak melayan ko la...aku hormat ko sebagai orang atasan,so kopn kena hormat aku walaupn taraf jawatan aku tak setinggi ko ok!!!!

he wrote his own phone number on paper and put it on my desk.....

Dan untuk hari ni pagi2 lagi dia dh mengjengah ke tempat aku..hajatnye besar tuk ajak aku berbreakfast...sib bek la kak ina cover aku...kak ina ckp kami nak makan kat kantin office je...than dia kate jom la kite makan kat luar...punye la nak elak, kak ina n lin ajak aku makan kat SAFIZ hartamas....sedang menunggu makanan sampai ttibe tnampak sorang pegawai tempat aku kije menuju ke restoran yg same dgn kami...kami b3 ingatkan pegawai 2 datang sowang rupenye si tua 2pn ade skali....akhirnye TERKANTOILAH kami.....hahahahah.....sib bek la dia xdok semeja dgn kami...taaaPPPPIIIIII...dia dok berhadapan dengan meja kami supaya senang kot di skodeng aku (adakah aku perasan sendiri!!)hahahaha.....tiba mase nak bayar,pelayan kedai 2 kate dh ade org tulun byrkan bfast kami pagi nih...dn kami b3 tau sape yg tulun byrkan bfast kami (tentulah si tua 2 beb!!!)kak ina terus je say thanks...dengan muka skema dia angguk je tanda same2...wakakaka...bergitu gak dgn aku...bile aku say thanks kat si tua 2 terus je dia senyum...ape lagi terbahak2 diaorg ketawakan aku....GIIILLLLAAAA!!!!!...budussss.....dan akhirnye kami kembali ke jalan yang benar dan melakukan tugasan harian......

breakfast with my office mate........
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

TADAAA!!!....WEDDING ANNIVERSARY GIFTS

Monday, June 6, 2011

Alahamdulillah.....02 june 2011 adalah hari yang paling happy buat diriku....en.suami datang kat office than bagi hadiah tuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke 2....walaupn terlewat beberapa hari hadiah yang diberi,saya tetap bersyukur...sy x mintak ape2pn,cukuplah dengan kasih sayang dan perhatian yang diberi kepada sy dan si tecik...nak tau ape??????..jeng...jeng...jeng......tadaaaaaaaaaa....>>>>>>>>>>


BlackBerry bold 3....

Thanks abg....xpernah terlinas tuk memilik hp secanggih ini....tp penah la gak bcita2 nak pakai hp nih....maybe en.suami penah curi2 dengar kot bile sy ngah membebel sorang2 kat dapur!!...hihihihih....upppssss!!....sy masih belajar lagi pakai hp ini..agak pening la gak sbb dah terbiasa dengan EN.NOKIA.....en.suami bukan beli untuk saya je!!!!...rupe2nye dia beli 2 biji!!!....yang satu lagi semestinye la dia punye...xkan pn.bini je nak pakai BB...xadil katenye...wakakaak.....lepas nih sesiape yang pakai BB sila2 la ber BBM dengan sy!!...wakakaka.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra