ERTI SEBUAH KASIH SAYANG!!!!

Monday, December 12, 2011

Buat yang belum berumahtangga, tolong forward kepada keluarga atau teman yang sudah berumahtangga....(supaya mendapat iktibar)

Khusus untuk ibu-bapa, beristighfarlah banyak-banyak kali kalau tengah marah. Pukul anak jangan lah sampai mencacatkan Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna!!

Baru baru ini surau di tempat saya telah mengadakan ceramah umum sempena menyambut Maulid Rasul SAW. Antara kisah yang menarik yang telah sampaikan oleh penceramah undangan tersebut ialah satu kejadian yang berlaku di utara semenanjung dimana tinggalnya sepasang suami isteri beserta seorang anak lelaki baru berumur + - 3 tahun yang petah bercakap dan tengah nakal, juga seorang pembantu rumah.

Menjadi kelaziman keluarga di Malaysia ini anak ditinggalkan dengan pembantu rumah sewaktu keluar bekerja. Ketika si pembantu rumah ini sedang sibuk dengan kerja harian membasuh dan memasak, anak yang tengah lasak dan nakal ini bermain seorang diri diluar rumah. Ditakdirkan anak ini terjumpa dengan sebilah paku yang berkarat. Almaklumlah oleh kerana budak tengah nakal yang suka menconteng dan melorek apa saja maka dijadikanya kereta abahnya sebagai papan hitam/buku. Suami isteri tersebut tidak memandu kepejabat hanya naik m/sikal sahaja maklumlah nak jimat belanja.

Si anak tadi telah menconteng, malah apa saja pada seluruh badan kereta ayahnya yang berkilat sebab baru di polish. Habislah kereta tersebut dengan segala macam kreatif anak nakal. Kejadian ini tidak disedari oleh pembantu rumah. Baliknya si ayah dari pejabat maka terkejut besar separuh mati nasib baik tak mati sebab lemah jantung melihatkan kereta kesayangan jadi sedemikian rupa. Hilang penat terus menerkam kepada pembantu rumah yang terpinga pinga dan ketakutan sebab melihat muka tuan yang marah merah macam ketam dibakar. Siapa punya kerja ini tanya beliau dengan keras,

Sianak yang ingin bermanja menjawab dengan jujur itu adalah kerjanya. Si ayah yang tengah panas baran itu terus mencapai rotan dan memukul tangan sianak bertubi tubi kali tampa belas kasihan dan menghiraukan jerit lolong anak manja tersebut. Sudah terasa puas barulah ia berhenti tapi disambung pula olih si ibu yang geram dengan perangai anak tersebut memukul dengan rotan ditempat yang sama sebagaimana suaminya tadi.

Si ibu hanya berhenti setelah melihatkan anak tersebut berhenti menangis dan jatuh pengsan. Pembantu rumah hanya terlopong melihatkan peristiwa tersebut disamping rasa terkejut dan rasa takut. Ayah dan ibu anak tersebut dengan rasa benci dan marah membiarkan anaknya tidur dengan orang gaji tanpa menghirau kannya yang menangis selama tiga hari berturut siang malam menanggung sakit.

Pembantu rumah tersebut olih kerana sudah tidak tertahan lagi melihatkan azab sianak yang menangis tidak henti henti serta menangung kesakitan yang teramat sangat lalu merayu kepada majikanya agar membawa anak tersebut berjumpa doktor.

Oleh kerana siayah mengalami gangguan untuk tidur maka ianya bersetuju membawa ke klinik, diklinik doktor arah rujuk kepada hospital pakar.

Setelah diperiksa dan xray, tidak ada apa yang boleh ditolong lagi melainkan potong sahaja tangan anak tersebut untuk mengelakkan dari merebak kebahagian atas sebab telah bengkak hampir ke paras siku dan bernanah didalam disebabkan tulang yang hampir hancur kena pukul. Siayah yang masih marah begitu juga dengan si ibu bersetuju apabila doktor meminta untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan tanpa soal jawab walaupun dengan sedikit rasa kesal di hati mereka.

Setelah si anak tadi sedar dari kesan ubat bius pembedahan ianya terkejut melihat tangan berbalut putih macam serban. Maklumlah anak yang keletah, nakal, manja dan petah bercakap tersebut berkata kepada si ibu dan ayah.

Papa, mama; "saya berjanji tidak akan buat lagi perkara tersebut, tidak akan menconteng lagi kereta abah dan tak nak buat jahat lagi" kata nya berulang kali sebagai tanda takut akan dirotan lagi. "Tapi abah dan mama bagi lah balik tangan saya, pulangkanlah balik tangan saya, pasangkanlah balik tangan saya yang abah ambil itu, saya berjanji tak akan buat lagi." kata nya berulang kali sebagai tanda kesal. Bagaikan gugur jantung si ibu meraunglah ia satelah tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

0 comments:

Post a Comment

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra