BERITA BAIK UNTUK DIA

Wednesday, October 26, 2011

ASSALAMUALAIKUM.....

Dengar2 kawan baik mummy "puan aya" mengandung....alhamdulillah rezeki yang ditunggu selamat 1thn 9bln akhirnye membuahkan hasil.....moga dia sihat...

apa usaha dia selama 1thn 9bln yg lalu???

dia g berurut tempat dimana mummy penah berurut sebelum mengandungkan sufi dulu....katanye last 2month dia ade berurut dengn kakak yg mummy kenalkan...than bln lepas dia balas urut skali lagi...pulak2 bln nih dia dh termis period....mcm mummy gak dulu...bukan kite nak pecaya pada tukang urut, tp xsalah kalau kite usaha....pas berurut jgn tinggal makan folic asid okkkk.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

SELAMAT BERJUANG WAHAI KAWAN!!!

Wednesday, October 12, 2011

hi semua....

br jap nih mommy dapat msg dari kawan baik mommy dia dh warded....semoga dia tabah dan kuat berjuang untuk menerima hadiah yang paling indah dr tuhan untuk dia dan suami....tp sangat2 kesian bile doc. kate air ketuban dia xbanyak 2 yg kena tahan...so doc. akan induce dia utk paksa bersalin takut baby lemas kalau tunggu lame2....aku doakan ko dan baby selamat...insyaallah...

BUAT RENUNGAN BERSAMA


2 la dia..........
bile nak anak tuhan berikan,
bile dh mengandung plak alami alahan yg teruk,
bile saat nak melahirkan macam2 plak dugaannya...
dan akhirnya bile dh lalui semua dugaan ketika mengandung itu hadiah yg paling teristimewa plak ialah ibu bapa terpaksa junjung akan amanah tuhan itu......


tahniah kepada ibu-ibu yang berjaya mengharungi kesemua dugaan tersebut...buat bakal-bakal ibu dan yg tengah berjuang untuk mengandung ingatlah bukan mudah saat mengandungkan amanah tuhan itu.....bersabar la para-para ibu ketika mengandung..jangan la kalian mengeluh kerana terpakse melalui saat-saat indah itu!!!!...sesungguhnya amanah tuhan itu ibarat kain putih yang kite terpaksa (ibu bapa)menconteng atau mencorakkan kehidupan mereka...jika baik/bagus corakkan itu maka baik la hasilnya...dan jika comot maka fikir2lah sendiri wahai para-para ibu dan bakal-bakal ibu.....

>>>>>....SEDEY KERANA MOMMY HANYA MELALUI SAAT GUMBIRA ITU HANYA SEPARUH JALAN SHJ...TUHAN LEBIH SAYANGKAN MEREKA....AL-FATIHAH UNTUK ANAK2KU...MOGA DIKAU DAMAI DISANA....TUNGGU MOMMY DI PINTU SYURGA YE SYG ..DAN TARIKLAH TANGAN MOMMY DAN DADDY UTK MENIKMATI KEINDAHAN SYURGA NAN ABADI ITU....INSYAALLAH.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

DUHAI HATI BERSABARLAH!!!!

Assalamualaikum....

hari ni hati sedikit tersentuh bile berlihat sesuatu di pagi hari....sepanjang perjalanan ke office hati sedikit terpanggil tuk berfikir mengadakan majlis ulang tahun kelahiran si tecik yg pertama kalinya....niat hati mmg nak adakan sedikit jamuan utk meraikan si tecikku.....tp bile terlihat sesuatu itu dipagi hari terlintas difikiran mommy "mampukah aku menjayakan majlis tersebut"....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

ALHAMDULILLAH!!!...THANK YOU ALLAH.....

as salam all....

today mommy ade appointments di al islam specialist tuk scan rahim selepas 2 week after d & c done....mcm biase en. suami akan temankan mummy ke sana....appointments mummy jam 9.30pg...so sempat la kami bfast same2..pekena nasi lemak dang wangi!!..perghhh terangkat kaki....(huh!!...xpadan yang bstokin dalam pantang!!..lagak mcm org sihat je!!!hahahah)...

Selesai bfast kami terus ke al islam...pas amik number kami terus mengambil tempat bdekatan dengan screening room...okkkk....Puan Munirah!!!..."here we will do a urine test"....untuk ape???...untuk periksa gula!!!...selepas urine test mummy di bawa ke timbang menimbang berat....lalalala....(berat rahsia kkkk!!!)...

turn mummypn tiba....masuk je ke screening room doc. norlida sedia menghulurkan tangan dan btanyakan kesihatan mummy...(mummy sangat2 teruja layanan mereka2 di sana)...mesra alam la plak!!!....alhamdulillah...mummy mula di scan tuk melihat kedudukan rahim....alahamdulillah all in good condition...sooooooooo.....

doc. : munirah, if you do not want to take any family planning????

mummy : buat masa ni xperlu ko doc....(sambil senyum2!!)

doc. : oooo..u nak preggy balik ye????

mummy : like that la doc. hihihih....

doc. : if u nak i akan bekalkan ubat or injection utk u!!
mummy : xnak la....

doc. : mudah2an lepas2 nih u akan preggy twin lagi la ye!!

daddy : insyaallah

doc. : jaga diri ye..jaga kesihatan..insyaallah lepas2 nih ade rezeki lagi..make sure kalau nak preggy kena makan asid folic ok!!!

mummy :...baiklah......

doc. :ok...itu saja ye puan...semoga kita berjumpa lagi

mummy :...same2...assalamualaiku....tkasih doc.
>
>
>
>
>
FOC.....hihihihih (panel en. suami!!)..selamat rm mummy ari nih!!!!!
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

1st day kije selepas cuti panjang....

Sunday, October 9, 2011

assalamualaikum....

addduuhhh malasnye nk kije rini...tp tpakse gak kije coz mase bcuti panjang telahpn tamattttt......tapiii!!!!....today mommy rase sakit gigi dan ini bermakna sakit kepalapn join skali...aduuhhh...biar sakit lain dr sakit gigi...berdenyut2!!!...xpenah2 mommy sakit gigi pulak2 rini dia buat hal.....ape nak buat nih!!!!!!....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Monday, October 3, 2011

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

mummy cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.



Hari 15-28


Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?



Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


mummy harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

HARI KE 5 BERPANTANG

Sunday, October 2, 2011

alhamdulillah hari ni genap 5 hari berpantang...seperti pantang sblm nih gak...makan,minum,btungku,jamu,urut dll....utk kebaikan diri sendiri gak....upppsss...lupe rini x sumbatpn bawang putih kat telinga...org tua2 kate utk halang angin supaya xmasuk dlm bdn...

mengandung balik????????
seram sejuk pertanyaan kepada persoalan diatas.....hihihi...buat mase nih biar la badan n rahim kuat dulu...itu kate2 dari mulut je...if tuhan nak beri rezeki awal mummy terima je..hihihihi....tppppp biar dulu kot...lepak2 4-5 bln dulu (yo..yo...jeeee...)insyaallah abis je makan sebotol jamu mummy nk makan ubat kuatkan rahim+folic asid....(moga2 ade rezeki yg elok kali ni..insyaallah)...sama2 la kite doakan......

bisik-bisik
rindu pada budak2 tecik yang kuis2 perut mummy 2 3 minggu yg lepas...moga mereka tenang disana...tunggu mummy di pintu syurga yg syg....nanti cerita pada mummy keadaan syurga yang indah ye syg..dengan sape syg main dan belajar bc al-quran....mummy xkan lupakan kalian walaupn kalian menumpang seketika di dalam rahim mummy.....tq sy kerana membahagiakan mummy dan daddy wlpn utk sementara.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra