MUMMY PENING!!!!!

Wednesday, July 27, 2011

as salam semua!!!!....

hari nih mummy sangat2 fenin akibat byk sangat berfikir....sekadar utk meluahkan perasaan...

1. tentulah "DUIT"

- duit rumah
- duit kereta gen 2 + kancil
- duit pengasuh
- duit kutu
- duit kain
- duit berokband maxis + celcom
- bil telefon
- bil air
- bil api
- bil astro
- duit simpanan utk sufi
- susu sufi

(sian daddy terpaksa keje keras tuk tampung semua perbelanjaan di tas setiap bulan)

2. persiapan dan persediaan menjelang perayaan

- baju melayu daddy + mummy masih dalam pembikinan
- baju melayu sufi lom anta kat eyang suh jahit
- baju + seluar jalan sufi rasenye dah cukup
- baju jalan daddy br beli 2 helai...
- baju jalan mummy dah ade 5 helai
- kasut sufi mummy sudey beli "clarks"
- kasut mummy "scholl"
- kasut daddy belom ade lagi
- langsir rumah sedang dalam proses
(ini belom termasuk pertukaran duit raya ok!!!!)

akibat terlalu asyik memikirkan dari mane boleh mdatangkan duit untuk menyelesaikan ape2 yg patut seperti diatas,daddy dengan tenang berkata "sabar la syg,rezeki ade dimana2,abg usahakan ye untuk syg dan sufi,jangan risau,yang penting syg kena faham situasi kerja baru abg sekarang.."....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

LAGU APA YG SEDANG BERMAIN DI FIKIRAN SY NIH!!!!!!

Monday, July 25, 2011

ini lagu febretttt mummy buat kali ni akibat drama bersiri annissa....taddddaaaaaaa..........



Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

PETUA DAN TEKNIK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN SECARA NORMAL

Tuesday, July 19, 2011

I. PETUA YANG PERLU DIAMALKAN SEMASA MENGANDUNG UNTUK MEMUDAHKAN KELAHIRAN

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.

Maklumat lanjut sila layari www.askbaby.com/breathing-exercises-for-labour.htm


2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya.

3. Amalan membaca surah Maryam

Amalkan membaca surah Maryam terutama sekalai apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

4. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk

Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk dikuatiri ibu-ibu akan lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.

5. Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan ibu mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.

II. PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. ini lahir Mula minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh, sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5. Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6. Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”


III . PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Rumusannya..
Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya... Amin..
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

pembedahan caesarean - Disebalik kebaikan dan keburukannya.....

Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah). Pada kebiasaanya pembedahan ini dilakukan apabila berlaku insiden yang sukar untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kemungkinan akibat si ibu tidak mempunyai daya untuk meneran ataupun mempunyai penyakit yang tidak membenarkan melahirkan secara normal.



Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari.Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan.

Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah.



Walaubagaimanapun masih ada wanita yang lebih senang dengan melakukan pembedahan caeserean bagi memudahkan melahirkan anak. Kelahiran secara caeserean secara elektif sudah menjadi popular walaupun bukan merupakan pilihan yang terbaik. Tapi sebelum melakukan pembedahan ini seharusnya berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan dan komplikasi pembedahan ini.

Seorang rakan wanita anak yang pertama melakukan pembedahan caeserean, walaupun peringkat awal ia juga dapat merasakan bagaimana kesakitan, namun kerana fakta usia dan akhirnya bersetuju melakukannya. Namun satu kajian terbaru menunjukan kadar kematian disebabkan pembedahan secara caesereans menunjukan kadar kematian adalah tiga kali daripada wanita yang melahirkan anak secara biasa. Ini meliputi pembedahan yang dilakukan secara elektif dan emergency. Ini bukan kerana yang berpenyakit sedia ada tetapi tapi kebanyakan jangkitan kuman, darah beku dan komplikasi yang disebabkan oleh nesthesia. Walaupun di Malaysia adalah rendah tapi adalah membimbangkan.

Berkongsi pengalaman seorang rakan yang sama untuk melahirkan anak yang kedua kebetulan due date tidak jauh dengan tarikh anak pertama, jadi beliau telah buat appointment dengan doktor agar melakukan pembedahan pada tarikh yang sama dengan anak yang pertama. Akan tetapi sebelum tarikh tiba beliau telah ada tanda-tanda untuk melahirkan namun tiada kesakitan yang dirasakan. Sehari dimasukan ke hospital yang mana menurut pemeriksaan doctor yang mana bayi didapati telah pun membuang nijis di dalam. Pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelak jangkitan kuman.

Apa yang dapat kita perhatikan adakah kelahiran caserean secara elektif adalah suatu alternatif yang selamat menggantikan kelahiran biasa vaginal delivery?. Peningkatan cara begini semakin meningkat berikutan penumbuhan banyak pusat perubatan swasta. Ini juga bukan bererti melakukan pembedahan ini adalah bukan sekadar untuk menyelamatkan ibu dan anak, tetapi kerana kebimbangan ibu tidak dapat menahan sakit ketika melahirkan juga bimbang akan mendapat masalah pelvic yang rumit dikemudian hari. Seperti pelvic organ rolapse. Malah ada juga yang membuat pilihan kerana mahu tarikh kelahiran anak yang cantik dan pelbagai lagi alasan yang tidak munasabah.

Terdapat banyak kesan hasil dari pembedahan ini. Bagi wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caserean secara elektif haruslah mengetahui risiko prosedur dan juga risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti. Risikonya adalah tinggi berbanding dengan kelahiran bayi secara biasa. Tapi dalam kes-kes kehamilan yang bermasalah pembedahan ini mungkin dapat menyelamatkan bayi. Jadi berhati-hatilah walaupun di-Malaysia kadar kematian dan komplikasi ibu dan bayi yang rendah.

p/s Ada juga yang melakukan kelahiran secara ini kerana untuk mendapatkan tarikh lahir yang sama dengan kelahirannya sendiri kebetulan tak jauh bezanya. Paling dasyat lagi, tak mahu selepas melahirkan secara normal nanti alat sulit mereka menjadi longgar. Takut pula si sang suami mencari lain. Dunia2. macam2 kerenah.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

KEPERLUAN PEMAKANAN FOLIC ASID UNTUK WANITA!!!!

entry kali nih mummy nak berkongsi pengalaman ketika mummy berusaha mendapakan cahaya mata selepas 10 bulan berbulan madu...hihihihi...bile dah bulan berganti bulan hati mummy n daddy mula rungsing memikirkan ttg ANAK....mase 2 hanye tuhan je yang tahu perasaan mummy,mummy sangat2 risau bile org baru yang mummy n daddy dambarkan akan menceriakan dan melengkapkan keluarga kami belum timbul2..sedangkan ketika 2 kawan2 mummy yg kawin selepas mummy kawin dahpn membuahkan hasil...mummy sangat2 cemburu ..hihih....maybe belum rezeki kita kata daddy....xpe la....satu ketika kakak mummy berurut selepas melahirkan anak pertama beliau,mummy turut serta mengurut satu badan dengan izin ibu dan daddy,ibu mummy pesan dengan bidan 2 supaya jangan urut or usik kasar2 kat bahagian perut,xyah sengkak2...sbb mummy xpenah preggy...lepas je tukang urut selesai mengurut mummy,dia ade berpesan dengan mummy supaya tidak lupe makan folic asid jika mahu anak..kita hanye berusaha,yang lain kita mampu berserah pada tuhan,keesokan harinye,mummy dan kawan ke Alamanda untuk membeli folid asid di famasi,belum sempat makan mummy dah period...so mummy terpaksa tunggu cik P bla...alahamdulillah abis ke mummy terus je makan Folic Asid utk beberapa minggu dan mummy dapati period mummy masih belum tiba bulan yang pertama selepas mummy start makan Folic Asid,mummy diamkan je dan terus je memakan Folic Asid...dan 2 minggu kemudian mummy rase cam nak period tp xperiod2 lagi,perut memulas2,hati mula keciwaaa....xpe la tunggu 2 3 hari lagi la br beli pregnent test...dan tiba hari ke3 mummy dan daddy ke famasi utk membeli pregnent test,balik je rumah mummy berbelah bahagi nak test takut2 keciwa lagi....sedang2 mandi mummy nekad gak la wat test...pas je letak beberapa titis ...... slow je benda ala 2 naik...mummy turus je mandi,mummy letakkan PT di atas sinki...tengah2 sabun..rase mcm nak sangat jenguk PT tu....dan >>>>>>>>tadaaaaa....



mummy agak tekezut...terus je menjerit panggil daddy...daddy dengan muka blurnye datang dan bertanye "kenapa2??????"...mummy hanye tersenyum sambil tunjuk PT pada daddy...daddy hanye mengucapkan syukur.....mulai saat itu bermulalah peranan aku sebagai mummy dan dia sebagai daddy.....alahamdulillah ketika ini permata hati kami telah membesar dengan jayanya....8 bulan sudah....tq syg kerana melegkapkan keluarga kita...




Asid folik (folic acid) merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan
kesejahteraan sel­sel dalam badan manusia.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak
bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan
pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu menghindarkan
kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" atau NTD. Menurut kajian pengambilan asid folik
dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel­sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti ia membantu dalam pembentukan sel­sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan
sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu
namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa­apa
penambahan makanan dan vitamin.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

EPIDURAL KURANGKAN SAKIT KETIKA BERSALIN???

Monday, July 18, 2011

SAKIT bersalin memang sukar digambarkan. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu.

Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. Tuhan sahaja yang tahu. Patutlah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Kalaulah orang lelaki tahu macam mana sakit bersalin, alamatnya, semua pasangan suami isteri di dunia ini hanya punya anak seorang sahajalah…

Kenyataan ini turut diakui oleh Pakar Bius, Pusat Perubatan Kampung Bharu (KBMC), Dr. Farahah Osman yang menyifatkan kesakitan ketika melahirkan sebagai satu proses yang amat menyakitkan terutama bagi yang menimang cahaya mata pertama.

‘‘Malah, ia boleh menyebabkan tekanan emosi kepada ibu-ibu ditambah pula dengan pengalaman yang sering dikongsi oleh mereka yang pernah melalui proses melahirkan anak, sering kali dibayangi dengan cerita-cerita cemas yang mendebarkan serta mengerikan.

‘‘Bagi sesetengah wanita, pengalaman itu memungkinkan mereka berasa serik atau fobia untuk mengandung lagi,’’ ujar beliau.

Bagaimanapun, zaman di mana wanita tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjerit kesakitan tanpa sebarang bantuan ubat-ubatan penahan sakit bersalin, telah lama berlalu.

Kini, teknik-teknik pengurusan kesakitan seperti yang paling popular, epidural, mampu menukar pengalaman menyakitkan menjadi lebih tenang dan terkawal, malah selesa.

Menurut Dr. Farahah, kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia).

‘‘Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.

‘‘Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius,’’ jelasnya.

Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini.

Mengulas lanjut, apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

‘‘Kelebihannya adalah ia boleh diberikan secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih.

‘‘Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin,’’ kata Dr. Farahah.

Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu sebagai kaedah mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

Kegunaan epidural




1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.

3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.

4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

Secara praktikalnya, untuk tujuan pembedahan, ada dua lagi teknik pembiusan separuh yang lebih kerap digunakan iaitu kaedah spinal dan gabungan epidural bersama spinal (CSE).

‘‘Biasanya kaedah spinal digunakan untuk pembedahan yang agak singkat (1 ke 2 jam) dan kelebihannya adalah dari segi kesan yang lebih cepat dan efektif.

‘‘Sementara itu, teknik CSE digunakan apabila pembedahan mengambil masa yang lebih lama dan pesakit mendapat analgesia selepas pembedahan,’’ kata Dr. Farahah.

Dari segi teknik pembiusan adalah lebih kurang sama. Perbezaan adalah dari segi saiz dan jenis jarum dan kaedah spinal adalah tanpa dimasukkan kateter.

Kesan kesakitan bersalin terhadap ibu dan anak

Dr. Farahah memberitahu, kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal boleh juga mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.

‘‘Ini berlaku ekoran rembesan hormon- hormon seperti adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit. Apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

‘‘Ibu-ibu juga akan bernafas dengan pantas disebabkan oleh kesakitan tadi seterusnya mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan alkalosis kepada bayi yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan,’’ kata beliau.

Masalah ini, tambahnya, lebih membahayakan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami masalah jantung.

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya.

‘‘Dengan kaedah epidural ini, rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.

‘‘Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut,’’ jelas Dr. Farahah.

Ubat bius ini akan dialirkan secara berterusan melalui kateter yang dimasukkan tadi dan kesannya dapat bertahan selama yang diperlukan iaitu sehingga proses kelahiran selesai.

Katanya lagi: ‘‘Satu lagi kelebihan pembiusan epidural adalah, ia juga dapat digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan cesarean bagi ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan anak secara normal di mana, ubat yang lebih tinggi dosnya diberikan melalui kateter yang sama. Jadi ibu-ibu tidak perlu diberikan suntikan bius untuk kali kedua.

‘‘Selain itu, dengan kaedah epidural, pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu-ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.’’

Kaedah ini juga, kata Dr. Farahah, amat digalakkan untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau praeklamsia dan juga penyakit jantung.

Sebelum kaedah epidural diberikan, pakar bius akan memastikan tiada halangan atau kontraindikasi untuk kaedah ini contohnya masalah pembekuan darah, infeksi di tempat bius atau dalam darah, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Kesan pembiusan epidural kepada ibu

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang

Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.

‘‘Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.

‘‘Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

‘‘Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural,’’ terang Dr. Farahah sambil menambah, walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Pening?

Dr. Farahah menjelaskan, pening boleh berlaku sekiranya cecair spinal terkeluar semasa melakukan epidural iaitu apabila lapisan dura tercucuk oleh jarum epidural.

‘‘Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan oleh tekanan cecair dalam otak yang berkurangan.

‘‘Ia biasanya pulih dengan sendirinya dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu,’’ ujar beliau.

Komplikasi ini dapat dikurangkan sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama yang baik semasa prosedur dijalankan, juga bergantung kepada kepakaran atau pengalaman doktor yang melakukannya.

Kesimpulannya

* Sakit adalah sebahagian proses bersalin

* Reaksi kepada kesakitan adalah berbeza-beza bergantung kepada pengalaman, pelajaran dan ketahanan mental ibu-ibu

* Epidural adalah cara yang konsisten berkesan dengan kesan sampingan yang minimum kepada ibu dan bayi

* Setiap ibu berhak menggunakan kaedah epidural

* Berbincanglah dengan pakar sakit puan dan pakar bius untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

LUAHAN HATI SEORANG YANG BERNAMA ISTERI......

Friday, July 15, 2011

MUMMY TERTARIK PADA SATU PUISI INI.....SYAHDU....


dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

Nukilan isterimu
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra