MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Monday, October 3, 2011

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

mummy cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.



Hari 15-28


Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?



Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


mummy harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

HARI KE 5 BERPANTANG

Sunday, October 2, 2011

alhamdulillah hari ni genap 5 hari berpantang...seperti pantang sblm nih gak...makan,minum,btungku,jamu,urut dll....utk kebaikan diri sendiri gak....upppsss...lupe rini x sumbatpn bawang putih kat telinga...org tua2 kate utk halang angin supaya xmasuk dlm bdn...

mengandung balik????????
seram sejuk pertanyaan kepada persoalan diatas.....hihihi...buat mase nih biar la badan n rahim kuat dulu...itu kate2 dari mulut je...if tuhan nak beri rezeki awal mummy terima je..hihihihi....tppppp biar dulu kot...lepak2 4-5 bln dulu (yo..yo...jeeee...)insyaallah abis je makan sebotol jamu mummy nk makan ubat kuatkan rahim+folic asid....(moga2 ade rezeki yg elok kali ni..insyaallah)...sama2 la kite doakan......

bisik-bisik
rindu pada budak2 tecik yang kuis2 perut mummy 2 3 minggu yg lepas...moga mereka tenang disana...tunggu mummy di pintu syurga yg syg....nanti cerita pada mummy keadaan syurga yang indah ye syg..dengan sape syg main dan belajar bc al-quran....mummy xkan lupakan kalian walaupn kalian menumpang seketika di dalam rahim mummy.....tq sy kerana membahagiakan mummy dan daddy wlpn utk sementara.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

APA YANG TERJADI....AKU REDHA.........

Wednesday, September 28, 2011

assalamualaikum....

hati siapa yang tak sedih....
hati siapa yang tak sayang...
hati siapa yang tak kasih....
hati siapa yang tak sayu.....
dan hati siapa yang tak merintih seandainya.....
anak yang dikandung dan dibawa kehulu dan kehilir rupa2nya dah x bernyawa!!!!!!!!
oh....tuhan besar sungguh dugaanmu....

walaupn dikau tidak dapat berkongsi makan dan minum denganku selama 9bulan...tetapi 4bulan sudah cukup memberi kesan keatas diriku!!!!!saat pertama kali kau kutatap tidak bernyawa lagi....duhai hati...bersabarlah....

26 sept 2011 (isnin)06.00am

pagi2 lagi mummy bangun untuk ke office...mummy adalah org pertama yg akan ke toilet,sementara en.suami menunggu sufi mikail.....ketika mummy menanggalkan panties terdapat sedikit tompokan darah.....mummy dh mula risau..mummy terus panggil daddy...daddy agak terkejut....kata mummy "xpe,tengok dulu if jap2 lagi ade turun darah lagi mummy ke klinik tuk scan...."..daddy hanya mengiyakan kata2 mummy 2.....

10.30pg

sungguh mummy xsedap hati di office.....selepas bfast dan menyiapkan tugasan yg patut,mummy bergesas mendapatkan pn.betty (kawan baik mummy yang sentiasa membantu dn memberi semangat)...kami terus ke klinik di segambut...ooohhhh...lamanye mummy perlu tunggu turn...org yang ke-8......aduuuhhhhh....tepat jam 12.25 turn mummypn tiba...doc. mula scan perut mummy...."i xjumpe la heart beat u'r baby...."...berderau jantung mummy....mummy cuba tenang...mummy yakin kata2 doc. tu salah.......mummy terus ajak kawan mummy ke klinik di selayang untuk kepastian sekali lg....alhamdulillah org xde ketika mummy sampai....doc. lelaki indai 2pn mula scan perut mummy...."...sy xnampak heart beat baby awk la!!...xpe sy buat surat transfer ke hospital selayang....."

03.20ptg
en.suami bgegas membawa mummy ke hospital selayang...rupanye di sana xde keistimewaan untuk kes2 ibu2 hamil bermasalah..so terpakse ke jabatan kecemasan...punye la ramai umat manusia tika itu...masing2 dgn masalah kesihatan masing...aduuhhh...giliran aku lambat lg (bisik didlm hati)...1jam kemudian no. mummy naik....than mummy terus masuk ke bilik rawatan...ingatkan terus diperiksa ape yg terjadi atas diri mummy...rupenye just amik tekanan darah than keluar balik tunggu no. dipanggil sekali lg...adduuhhh...80org lagggiiiiiii!!!

04.55ptg
daddy terus minta surat refer ke hospital pd nurse than terus ke HKL....di HKL mummy ke bahagian hospital bersalin....mcm mummy mengalami masalah ketika mengandungkan sufi dulu,bergitu juga mengandung kali ke-2 ni....mummy di daftarkan than di bawa utk scan...mulanye mummy dibaringkan dan dimasukkan sesuatu di bahagian v untuk mencari punca darah yg keluar....aduuuuhhhh!!!....buat sekian kalinye mummy dinodaaa...(hihihih)....mummy rela dibuat apa saje utk dapatkan kepastian....than mummy diminta utk tunggu doc. pakar...than doc. pakar scan mummy...opppsss...bukan scan mcm biase ye...bukan di perut tp dimasukkan satu alat yg panjang ke dalam v mummy...addduuhhh sakitnye....(2d scan namenye)tahan je la...doc. masih xjumpe nadi baby...than doc. pinta mummy tunggu buat sekian kalinye tuk menunggu ketua pakar mereka...mummy dio scan 2D skali lg...dn lagi!!!....doc. bagi date tuk mummy datang buat d&c pd 5/10/2011...aduuhhh lamenye..doc. pesan if ape2 yg keluar sila bawa segera ke hospital!!!...bangang punye doc. (patutnye tahan la aku kat spital!!!).....
kami pulang dengan perasaan gusar dan keciwa...

27 sept 2011 (selasa)

sedang berehat2 dirumah terdetik tuk ke hospital pakar al-islam kpg baru....terus mummy call daddy suh daddy segera pulang...nak dijadikan cerita si tecik sufi plak xsihat...terpaksa kami bawa dia ke klinik dulu seterusnye meningalkan sufi di rumah bonda...bgegas kami ke al-islam...setiba disana daddy daftarkan mummy dh menunggu pakar o&g (doc. norlida)...doc. yg sama menyambut kelahiran sufi thn lepas...doc. norlida xmembuang masa terus saje dia scan perut mummy...than dia kate bby mummy mmg xbernyawa lg.....mummy terima seadanye....doc. terus meminta nurse bookingkan katil tuk mummy check in pada pukul 10.00mlm yg sama untuk membuat d&c keesokan harinya...

10.00mlm
daddy n mummy kembali ke al-islam untuk check in malam tu....daddy mintak bilik single tp bilik single semuanye penuh..if dok bilik single suami boleh tunggu...xpe la kate mummy pd daddy....bilik ber2pn xpe....lagipn bukan lamepn nak duduk...daddy agak keciwa coz xdpt temankan mummy mlm 2....setiba dikatil daddy turun tuk mengambil barang2 keperluan mummy serta membeli sedikit makanan...mummy tpaksa start puasa kol 12.00mlm 2 coz esok pg2 lg dh nak buat d&c.....

11.35mlm

doc. norlida datang dn mengajukan pelbagai persoalan...dan akhirnye..."induce yg pertama selamat dhhh..."...aduhhh sakitnye...doc. kate lg "...esok awk org pertama tau sy akan buat..."...selamat malam....

12.15mlm

daddy pulang dengan perasaan keciwa dan sedih...dn mummy pula terlena hingga ke pagi...

28 sept 2011 (rabu)
selepas azan subuh mummy terus menuju ke toilet..mandi dan seterusnye menunaikan solat....daddy pagi2 lagi dh tercongok kt katil mummy...risau katenye...semalaman x tido....daddy xdpt tunggu mummy harini coz daddy tpakse bgegas ke office...ade tender yg harus diselesaikan....jadi ayah mummy yg teman mummy sepanjang mummy mamai2....

09.15pg
nurse bg mummy bj tuk mummy tukar....alamakkk....dh tiba mase yg ditakut2kan...mummy dipakaikan baju seumpama anak kecil yg xtau ape2....than mummy ditolak diatas wheelchair....aduuhhh ditolak lak ke labour room....dh la masih terasa getar mase melahirkan sufi dulu...masuk lagi buat kali ke-2...xpe la..janji ape yg menjadi tanda tanye akan terjawab selepas d&c dijalankan....kali ni mummy bukan dibius separuh bdn spt melahirkan sufi dulu...tp bius satu bdn....than..............(sedar2 doc. tepuk2 pipi mummy!!!)....dnnn akhirnye mummy tlantar di atas katil sendiri....

11.45pg

mummy mula sedar walaupn terase mereng sket..hihihhi...di sebelah peha kiri mummy terdapat satu plastik kecil yg dalamnye ade kapas...mulanye mummy ingat pad yg mummy pakai sblm d&c dijalankan....rupenyyeeeeeee(anak2 mummy!!)masyaallah besar sungguh dugaanmu tuhan...hati mummy sayu seketika tatkala kapas yg terbalut tu rupanye membaluti tubuh anak2 mummy yg tidak lagi bernyawa!!!.....mummy kembali tutup kapas itu dan kemudian mummy menanti ayah utk melihat anak2 mummy...ayah hanye terdiam.....kami terdiam seketika...

01.12thr

daddy tiba sesudah tender dihantar...mummy panggil daddy duduk disebelah mummy...mummy buka skali lagi plastik itu....mummy tunjukkan pada daddy...daddy hanya kaku....daddy ambil kapas tersebut dan menutup kembali dan memasukkan ke dalam plastik....dannnnn daddy kucup anak2nya buat kali pertama.....

03.00ptg

mummy dah boleh pulang!!!!.........

bisik-bisik
duhai hati bersabarlah.......
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

PERUBAHAN FIZIKAL - KEHAMILAN

Thursday, September 22, 2011

Sepintas Lalu Jadual Kehamilan Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan. 28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid. Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara. Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif. Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya. Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj. Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap. Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga. Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang. Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang. Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan. Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar. Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat. Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara. Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi. Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

KESIANNYA ANAK AIDA GADIS MELAYU!!!

Tuesday, September 13, 2011

assalamualaikum... today mummy nak story ttg ikon kegemaran mummy..."aida gadis melayu"...mummy adalah salah seorang daripada pembaca setia blog beliau...blog yg sgt2 simple tp romantik....setiap ayat2 bicaranya tkadang sgt2 menyetuh jiwa mummy....kadang2 terdetik dihati mummy mereka suami isteri sgt2 saling menyayangi antara satu sama lain dan timbul rase jeles...hihihih......baik aida ataupn saiful nizam (pembaca berita tv 3).....2 bln yg lepas mereka selamat menimang cahaya mata yg diberi nama "Aida Eirdeena"...sangat2 cute bby mereka tau!!!.... Baru2 ni mummy terdengar cerita yang baby Eirdeena bakal di bedah!!!...jom kite layan cite nih...... BERTAMBAH kebahagiaan dalam rumah tangga Saiful Nizam yang juga pembaca berita TV3 dan Aida (juara Gadis Melayu musim pertama) dengan kelahiran anak sulung mereka yang dinamakan Aida Eirdeena, kini berusia dua bulan. Namun baru-baru ini rakan CAK yang juga baru melahirkan anak keenamnya terserempak pasangan suami isteri itu bersama si kecil di Institut Jantung Negara (IJN) ketika menemani suaminya membuat pemeriksaan kesihatan di sana. Ceritanya pada CAK, menerusi pemerhatiannya, nak kata Saiful atau Aida yang sakit, tak mungkin kerana kedua-duanya nampak cergas. Hendak dijadikan cerita, dua tiga hari selepas itu CAK terserempak dengan Saiful di TV3 dan terus bertanya perkara berkenaan kepadanya. Dia mengesahkan Eirdeena ada masalah jantung dinamakan Truncuss Arterious Type 1, di mana ada lubang pada saraf jantungnya. Menurut Saiful, doktor dapat tahu mengenainya sebaik lahir dan untuk mengelak penyakit itu merebak pada paru-paru, Eirdeena perlu dibedah segera iaitu sebelum umurnya tiga bulan. Katanya, Eirdeena baru keluar wad IJN kerana demam. Walaupun demamnya tidak teruk sangat, doktor memantau kesihatannya sebelum dia menjalani pembedahan pada 12 September ini. Saiful dan Aida menerima berita mengenai penyakit anak mereka dengan tenang dan berharap Eirdeena dapat membesar seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, kata Saiful, Eirdeena cergas dan tak nampak macam sakit. Sekurang-kurangnya mendengar tawanya dapat meredakan keresahan suami isteri itu. Awal Syawal lalu, Saiful dan Aida hanya beraya di Kuala Lumpur dan menghabiskan masa mereka di rumah kerana bimbang kalau dibawa ke tempat ramai orang, kesihatan Eirdeena terganggu dan akibatnya pembedahan itu terpaksa ditangguh. Kos pembedahannya tinggi namun kata Saiful, yang penting kesihatan anaknya. Insya-Allah, duit boleh dicari. Patutlah selepas kelahiran Eirdeena, apabila media mahu mengabadikan wajah comel anak itu di lensa kamera mereka, Saiful terpaksa menolaknya kerana kesihatannya tidak mengizinkan. CAK doakan Eirdeena segera sembuh.
Aida n Saiful ...kami semua berdoa utk Eirdeena ... sesungguhnya ujian ini amat hebat untuk kalian....moga kalian tabah...aminnn...
SAMA-SAMA LA KITA DOAKAN MOGA2 CAHAYA MATA MEREKA BERDUA SIHAT DAN CERGAS SEPERTI ANAK2 KECIK DILUAR...
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

dah mula rase kemabukan itu!!!!!

Sunday, September 11, 2011

alhamdulillah hari ni genap usia kandungan bby 11weeks++....seperti preggy yg lepas mummy xde alaham apa2...kdg2 rase cam xpreggy plak...tp kali ni agak kelainan rase itu...maybe setiap pembawakan lain2 kot!!!...lepas je makan mummy mula la rase pening2...tp xde la teruk sgt sampai muntah2...pening2 biase je...tp badan 2 agak lemah je la...skang nih febret makanan mummy roti nan+ayam tandoori...aduhhh...terliur rasenye....lagi2 daddy!!!...dia plak yg lebih2!!...hari2 nak makan roti nan+ayam tandoori...addduuuhhhh!!!...harap2 baby yg bakal keluar xde la iras2 rupa mamak roti nan 2...hihihih....(mintak dijauhkan!!).....

terbaru sejak kebelakangan ni hobi mummy ialah menjahit manik pada lengan baju mummy...mcm2 bentuk dan rupa....aduuuhhh...bile pg kedai manik mcm org gile....rambang mata jadinnya....nasib baik la en. suami seorang yg sabar bile ikut isterinya berjalan...hihihih...amin....ade masa nanti mummy update pic jahitan hasil kerja tgn mummy dan koleksi manik2 mummy.....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

SELAMAT HARI RAYA!!!

salam ramadhan!!!!!!....

agak dah lame mummy menyepi....al maklumlah sibuk dengan persiapan raya bersama org baru...hihhihihi....alhamdulillah tahun ni seperti 2thn yg lepas kami sekeluarga dapat berkumpul di pagi raya sekitar rumah nenda...tahun lepas masing2 beraya dengan mertua...so thn nih turn beraya dgn ibu dan ayah plak...seperti biasa kami beraya di endau,mersing iaitu di kampung ayah...yg ada hanya nenda sahaja...belah bonda kedua2nya telah tiada...(al fatihah...)...sangat2 happy malam raya coz en. suami sibuk beli mercun...bagai nak rak dia lempar mercun bola...yang kelakarnye nenda mesti menjerit marah2 bile dengar bunyi mercun bola 2...(agaknye dia tkezut kot!!)...si kecik plak sibuk mengayuh tuk cari punca kat mane bunyi mercun tu!!...mcm cerdik je!!...

1 syawal

hari yang dinanti penuh syukur dan bahagia...masing2 sibuk dengan baju raya..tudung raya..kasut raya dll...pas je dh siap2 masing2 bersalaman antara satu sama lain...paling best bile si tecik collect duit raya dr untie n uncle msg2!!!...upppsss!!!..mummypn dapat duit raya tau...hihihih...daddy kasi mummy duit raya la!!(terharunyaaa!!)...alhamdulillah....selesai sesi bermaafan terus je menuju rumah saudara mara utk beraya....bergitu la di hari raya kedua juga....malam raya ke 2 mummy+daddy+sufi berangkat balik ke kl....alhamdulillah kami selamat tiba pada pukul 2pg...

BANYAK KE SUFI DAPAT DUIT RAYA????

ok...mummy tulun jawabkan utk sufi ok....alhamdulillah,setakat nih kutipan duit raya sufi amat memberangsangkan...ade la dalam 400++....al maklumlah anak baru sorang, org mesti kasi kasar2nye...cube dah beranak 3 4 org...sure makin berkurangan kutipanya...tp itu xpenting ok!!!...dh org memberi kite menerima je la..rezeki tuhan....amin....ramai lagi rumah sedara mara yang belum sufi kunjung tau!!!...nanti ade mase sufi jalan2 umah korang ok!!!....hihihi....
Suke ke??? LIKEkan je!!!!

 
!-- page load timer start -->
copyright@Segala Yang Tercatat diatas adalah Hak Milik Mommy Nyrra